Pencalonan Dibuka Bagi Merebut 10 Anugerah Belia Cemerlang Malaysia

Diterbitkan: Isnin, 16 Mac 2015 11:26 PM

Datuk Dr Wee Ka Siong memegang trofi selepas pelancaran Program Anugerah TOYM 2015, Isnin.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Belia berkelayakan dipelawa merebut 10 Anugerah Belia Cemerlang Malaysia (TOYM) 2015 anjuran Junior Chamber International Malaysia (JCIM).

Anugerah ini merupakan pengiktirafan terhadap 10 individu berusia 18 hingga 40 tahun, yang melakar pencapaian luar biasa dan memberi sumbangan penting kepada masyarakat dalam pelbagai bidang.

Pengerusi jawatankuasa penganjur Teoh Eng Kiat berkata pencalonan terbahagi kepada 10 kategori iaitu ekonomi, politik, kepimpinan, kebudayaan, agama, sumbangan kepada kanak-kanak dan hak asasi manusia, khidmat sukarela, pembangunan saintifik, pembangunan diri dan inovasi perubatan.

"Untuk memberi pengiktirafan kepada belia cemerlang ini, JCI Malaysia akan meraikan TOYM pada satu majlis penganugerahan dan menyediakan platform untuk setiap penerima anugerah untuk membentangkan pencapaian peribadi masing-masing.

"...kisah penemuan, keazaman dan kepintaran mereka akan memberi inspirasi kepada anak muda lain untuk menjadi pemimpin lebih berketrampilan dan membentuk masyarakat yang lebih baik," katanya kepada pemberita selepas pelancaran Program Anugerah TOYM 2015 oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Wee Ka Siong di sini Isnin.

Wee, yang juga timbalan presiden MCA, berkata pengiktirafan yang diberi terhadap pencapaian cemerlang penerima anugerah itu akan memberi perangsang kepada generasi muda Malaysia untuk memberi fokus ke arah membantu orang lain.

Organisasi berdaftar dan individu boleh mengemukakan pencalonan melalui laman sesawang www.toym.my sebelum 31 Mei.

Sebanyak 30 peserta yang layak ke peringkat akhir akan diumumkan menjelang Ogos, manakala majlis penyampaian anugerah akan diadakan di Pulau Pinang.

Antara penerima Anugerah TOYM sebelum ini ialah Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, Datuk Sheila Majid, Datuk Michelle Yeoh, Prof Datuk Zaini Ujang, Tan Sri Mohamad Nadzmi Salleh dan Datuk Lee Chong Wei. 
 

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan