Diterbitkan: Isnin, 16 Mac 2015 12:02 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Syarat dan kelayakan pelantikan setiap ahli majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dinilai melalui Petunjuk Prestasi Utama (KPI) selaras dengan aspirasi kerajaan negeri masing-masing.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Peruamahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata sekiranya prestasi sesuatu PBT tidak memuaskan maka pihaknya mempunyai kuasa untuk menggugurkan ahli majlis termasuk Yang Dipertua yang tidak menjalankan tanggungjawab dengan baik.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan sesi dialog 'Town Hall' bersama penduduk sekitar bandar raya Ipoh, anjuran kementerian itu dengan kerjasama Majlis Bandaraya Ipoh di Dewan Komuniti 1Malaysia Chemor, dekat sini, Ahad.

Beliau berkata elemen demokrasi masih wujud dalam pelantikan ahli majlis PBT walaupun ia tidak melalui proses pilihan raya peringkat PBT seperti dituntut oleh kerajaan Pulau Pinang.

Pada Ogos tahun lepas, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa Kerajaan Pulau Pinang tidak mempunyai kuasa untuk mengadakan pilihan raya PBT.

Tags / Kata Kunci: PBT

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan