26 Pasangan Sertai Majlis Perkahwinan Perdana

Diterbitkan: Isnin, 16 Mac 2015 2:59 PM

(Ubah saiz teks)

MUAR: Seramai 26 pasangan pada Isnin melangsungkan perkahwinan beramai-ramai pada Majlis Walimatulurus Perdana di Masjid Sultan Abu Bakar.

Para peserta turut membabitkan pasangan dari negeri lain seperti Kedah, Melaka dan Negeri Sembilan.

Kadi Daerah Muar, Dzulkafli Mohamed berkata majlis sebegini dapat meringankan beban serta memudahkan pasangan melangsungkan perkahwinan.

"Setiap pasangan hanya dikenakan bayaran RM1,900," katanya kepada pemberita.

Promosi programnya disebarkan menerusi risalah, banting, kursus dan Facebook.

Seorang pesertanya Radiah Jasa, 21, dari Ledang berkata pakej perkahwinan anjuran Pejabat Kadi Daerah Muar itu menjimatkan dan membantunya mendirikan rumah tangga lebih awal daripada perancangan.

Bagi pengantin termuda Norazlina Faezzlin Radzali, 17, dia teruja menjadi peserta program tersebut yang majlis itu akan menjadi kenangan seumur hidup buatnya dan suami.

Ditanya mengapa berkahwin di usia muda, dia berkata "ia mungkin sudah jodohnya," di samping bagi memenuhi saranan bapanya.

Sementra itu Ummu Syahirah Amferin, 23, dari Parit Raja dan pasangannya turut bersyukur kerana dapat menyertai majlis itu.

"Sepatutnya kami berkahwin tahun depan. Kami akan mengadakan lagi majlis tetapi secara kecil-kecilan di kampung kemudian," katanya.

Tags / Kata Kunci: Muar , Kahwin

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan