100 Ditahan Disyaki Terlibat IS - Ahmad Zahid

Diterbitkan: Isnin, 16 Mac 2015 8:29 PM

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

(Ubah saiz teks)

LANGKAWI: Kira-kira 100 rakyat Malaysia disahkan telah ditahan polis kerana disyaki terlibat dengan kegiatan kumpulan militan IS (Islamic States) sehingga kini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata angka itu tidak termasuk 61 rakyat Malaysia yang dikesan berada di Syria dan Iraq serta 10 orang yang telah terbunuh.

"Secara rasmi lebih kurang 100 orang telah ditahan di penjara dan beberapa pusat tahanan di seluruh negara selain terdapat beberapa lagi individu yang kita masih pantau dan tak dapat diumumkan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan 'Eksesais Multinations Counter-Terrorrism' (MNCTX) di Lapang Sasar Antarabangsa Langkawi di sini, Isnin.

Beliau berkata kerajaan juga sedang memantau dan melakukan tindakan susulan terhadap semua maklumat yang diperolehi dan dikumpulkan hasil daripada risikan yang telah dijalankan berhubung kawasan-kawasan panas yang menjalankan aktiviti keganasan IS.

Mengenai MNCTX Ahmad Zahid berkata eksesais yang julung kali diadakan ini disertai oleh pasukan keselamatan dari 10 negara Asean termasuk Emiriyah Arab Bersatu (UAE).

"Inilah kali pertama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan latihan bersama dan disertai oleh negara anggota Asean dan UAE dalam anti-keganasan," katanya.

Katanya eksesais selama tujuh hari ini diadakan berikutan ancaman militan IS yang benar-benar mengganggu gugat bukan sahaja di dalam negara malah di rantau Asean.

"Eksesais ini akan diteruskan di masa akan datang jika terdapat keperluan untuk kesiapsiagaan pasukan keselamatan kita menghadapi ancaman keselamatan terutama IS," katanya.

"Selain dari eksesais ini, kita juga melakukan langkah pencegahan terhadap ancaman keselamatan melalui pemantauan media sosial dari segi merekrut dan penyaluran dana," katanya.

Turut hadir ialah Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, dan Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Rahim Bakri serta pegawai tertinggi kedua-dua pasukan keselamatan.

Latihan itu diadakan sempena Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA 2015).

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan