Warga Emas Trauma Lihat Pesawat Terhempas

Diterbitkan: Ahad, 15 Mac 2015 11:26 PM

(Ubah saiz teks)

LANGKAWI: Seorang warga emas dikatakan secara tiba-tiba meracau atau bercakap tidak karuan akibat trauma apabila melihat sebuah pesawat Angkatan Udara Tentera Nasional Indonesia (AU-TNI) terhempas ke atas rumah anaknya di Kampung Gelam, Mukim Kedawang di sini.

Kejadian dikatakan berlaku hanya 10 meter di depannya.

Akibat itu Abu Mutalib Said, 70, terpaksa dimasukkan ke Hospital Langkawi kerana mengalami trauma psikologi.

"Mangsa melihat sebahagian pesawat jatuh ke atas rumah dua anaknya dan meletup sebelum terbakar di depan matanya, mengakibatkannya mengalami trauma yang serius," kata Pakar Perunding dan Penasihat Perubatan Kecemasan Lima'15, Prof Datuk Seri Dr Abu Hassan Asaari Abdullah.

Beliau berkata susulan itu mangsa dikejarkan ke hospital dan diberikan rawatan 'critical insiden stress management' (CISM).

"Kami melakukan rawatan CISM termasuk terapi pernafasan bagi mengurangkan tekanan dan mangsa kini sedang tidur dengan tenang tanpa tiada kecederaan fizikal padanya," katanya.

Dua pesawat aerobatik pasukan Jupiter milik AU-TNI terhempas dalam kejadian kira-kira 2.04 petang selepas dipercayai bergesel di udara ketika melalukan latihan sebelum menyertai Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2015 di sini.

Sebuah daripadanya dipercayai terhempas ke atas rumah anak mangsa.

Dr Abu Hassan berkata anggota keluarga mangsa yang lain turut ditenangkan serta diberi kaunseling.

"Kita akan tahan mangsa buat sementara di wad untuk mengadakan rawatan lanjut. Apa-apa pun kita bersyukur kerana tiada orang di dalam rumah-rumah tersebut ketika kejadian," katanya.

Tags / Kata Kunci: Lima 2015 , Jupiter Aerobatic

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan