Dua Pesawat Aerobatik Terhempas Semasa Latihan Lima 2015

Diterbitkan: Ahad, 15 Mac 2015 2:33 PM

Pesawat Aerobatik Terhempas Dalam Latihan Lima 15

  • 1 of 6
  • jup2

  • jup3

    Dua pesawat pasukan aerobatik Jupiter dari Indonesia dilaporkan terhempas ketika melakukan latihan sempena Pameran Maritim Dan Udara Antarabangsa Langkawi (Lima) 2015 di Langkawi, Ahad.

  • jup4

  • jup5

  • jup6

  • jup7

    Dua juruterbang Jupiter Indonesia yang terselamat selepas pesawat mereka terhempas Kampung Gelam , Mukim Kedawang, Langkawi pada Ahad.

x
(Ubah saiz teks)

DIKEMASKINI

PETALING JAYA: Dua pesawat pasukan aerobatik Jupiter dari Indonesia dilaporkan terhempas ketika melakukan latihan sempena Pameran Maritim Dan Udara Antarabangsa Langkawi (Lima) 2015 di Langkawi, Ahad.

Dalam insiden pukul 2 petang itu, dua pesawat jenis KAI KT-1B Woongbi bertembung antara satu sama lain sebelum terhempas.

Kepulan asap dapat dilihat di lokasi kejadian dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.

Nasib dua juruterbang tidak diketahui dan pasukan mencari dan menyelamat bergegas ke tempat kejadian.

Difahamkan semua latihan dan pertunjukan udara dihentikan serta-merta bagi membolehkan pasukan mencari dan menyelamat melakukan pencarian ke atas juruterbang yang hilang.

Sementara itu Bernama melaporkan menurut seorang saksi, Husin Ahmad, 25, berkata beliau ternampak juruterbang sempat menyelamatkan diri menggunakan payung terjun.

"Saya sedang makan, tiba-tiba ternampak kedua-dua pesawat itu berlanggar sesama sendiri di bahagian ekor menyebabkan ia berasap sebelum terhempas.

"Saya juga nampak seorang juruterbang sempat terjun menggunakan payung terjun," katanya.

Seorang lagi saksi berkata pesawat Jupiter milik Indonesia yang terhempas di Kedawang itu turut mengakibatkan sebuah rumah penduduk tempatan terbakar.

Kebakaran itu kemudiannya dipadamkan anggota bomba.

Pameran LIMA'15 yang dijadual berlangsung bermula 17 hingga 21 Mac ini akan  menyaksikan lima pasukan, termasuk AU-TNI, membuat pertunjukan akrobatik.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan