PAS Shah Alam Calonkan Hadi Kekal Jawatan Presiden

Diterbitkan: Ahad, 15 Mac 2015 9:23 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Mesyuarat Agung Tahunan PAS kawasan Shah Alam di sini pada Ahad sebulat suara mengekalkan kesemua penyandang lima jawatan tertinggi parti itu dalam pencalonan yang akan dibawa ke Muktamar PAS ke-61, Jun depan.

Lima penyandang jawatan tertinggi itu ialah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Mohamad Sabu (Timbalan Presiden); dan tiga naib presiden iaitu Datuk Husam Musa, Salahudin Ayub dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Yang Dipertua PAS Shah Alam, Azli Yusof berkata pencalonan kelima-lima penyandang jawatan itu diputuskan atas kehendak perwakilan.

"Walaupun pada mesyuarat hari ini Abdul Hadi mendapat undi majoriti, namun ada juga perwakilan mencalonkan Ahmad Awang bagi mencabar jawatan presiden parti," katanya kepada pemberita.

Ahmad Awang pernah menjadi Naib Presiden PAS, bekas Pesuruhjaya PAS Perak, dan bekas anggota Majlis Syura PAS.

Tags / Kata Kunci: PAS , Presiden PAS , Abdul Hadi Awang

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan