Umno Tidak Berjaya Jika Ahli Bersengketa - Najib

Diterbitkan: Ahad, 15 Mac 2015 1:18 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: UMNO tidak akan berjaya pada pilihan raya umum akan datang sekiranya anggota parti itu bersengketa dan berpecah-belah, kata Presidennya Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib, yang juga Perdana Menteri, berkata untuk itu, anggota UMNO seharusnya mengamalkan solidariti, persepakatan dan bekerjasama sesama mereka.

Beliau turut mengingatkan anggota UMNO supaya mengurangkan permasalahan dalaman dan cantas-mencantas antara satu sama lain selain mengelakkan daripada  mewujudkan dua pasukan dalam bahagian parti itu.

"Sentiasa pastikan kita tidak lupa tugas utama kita, iaitu pastikan UMNO terus berkuasa memimpin dan memperjuangkan hak rakyat yang sentiasa dekat di hati," katanya dalam tulisan menerusi blognya NajibRazak.com, pada Ahad.

Dalam pada itu, Najib turut melahirkan rasa syukur dengan semangat baharu dalam kalangan anggota UMNO Kedah yang hadir pada Konvensyen UMNO Kedah 2015 bertemakan 'UMNO Tonggak Transformasi' pada Sabtu.

"Alhamdulillah saya lihat sebuah semangat baharu dalam kalangan ahli UMNO Kedah yang hadir, dan mudah-mudahan pada konvensyen akan datang kita akan lihat semangat ini kekal subur dan dijadikan suatu punca inspirasi untuk kita terus berjuang," katanya.

Najib berkata anggota UMNO negeri itu perlu menjadikan faktor kejayaan merampas Kedah daripada pembangkang sebagai iktibar dalam perjuangan.

"Tahniah kepada jentera UMNO Kedah kerana Alhamdulillah kita bertemu di Konvensyen UMNO Kedah pagi semalam dalam keadaan kita sebagai parti pemerintah negeri Kedah.

"Kita perlu mengambil kegagalan Kerajaan Kedah sebelum ini dan apa yang menjadi faktor kejayaan kita memenangi Kedah sebagai iktibar untuk menghadapi pilihan raya umum yang akan datang," katanya.

Najib berkata antara faktor penyumbang kemenangan itu adalah permuafakatan dan semangat sepasukan.

Tags / Kata Kunci: Umno , Kedah

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan