GST Tidak Jejas Harga Rumah PR1MA

Diterbitkan: Ahad, 15 Mac 2015 6:02 PM

Jamaluddin (kanan) ketika turun padang meninjau pembinaan rumah PR1MA Bandar Utama, Sidam Kiri di Sungai Petani pada Ahad. Turut kelihatan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, Perumahan dan Pembangunan Insan Kedah, Datuk Badrol Hisham Hashim (kiri). -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

SUNGAI PETANI: Pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (CBP) tidak akan menjejaskan harga rumah di bawah projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), kata Pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia, Tan Sri Dr Jamaludin Jarjis.

Jamaludin berkata, sebaliknya, pihaknya akan memastikan harga rumah yang dijual sekurang-kurangnya 20 peratus lebih rendah daripada pasaran setempat.

"Rumah PR1MA tidak ada impak dengan GST (CBP), sebaliknya kita mahu pastikan harga rumah PR1MA ini, sekurang-kurangnya 20 peratus lebih rendah daripada harga pasaran setempat. Kita tidak boleh ambil ukuran harga pasaran tempat lain, ia mesti berasaskan dengan harga setempat.

Kita tidak mahu jual rumah yang terlalu mahal atau terlalu murah, kalau terlalu mahal orang tidak mampu, sebab itu kita mahu tengok permohonan, berapa gaji mereka, kemudian kita akan tentukan satu paras," katanya dalam sidang media selepas melawat tapak projek Bandar Utama, Sidam Kiri, di sini, Ahad.

Dalam pada itu, Jamaludin berkata bagi pemohon yang tidak mendapat pembiayaan daripada institusi kewangan, terdapat Skim Sewa Beli yang membolehkan mereka mendapatkan rumah PR1MA.

"Kita sedar, ramai orang sama ada di bandar atau luar bandar, yang kerja sendiri, tiada penyata gaji, pemandu teksi, penjaja kecil, mereka juga berhak mendapat rumah PR1MA.

Pemohon bagaimanapun perlu memohon pembiayaan menerusi bank terlebih dahulu, jika terbukti permohonan mereka ditolak oleh tiga bank, kita akan bawa mereka menerusi Skim Sewa Beli," katanya.

Jamaludin berkata, sejumlah 2,744 unit rumah PR1MA akan dibina di kawasan Sungai Petani dengan harga permulaan RM118,000 dan sehingga kini pihaknya telah menerima 1,872 permohonan untuk fasa pertama yang melibatkan 970 unit rumah.

"Saya lihat perjalanan pelaksanaan projek ini amat baik dan saya yakin 970 unit rumah ini akan siap menjelang akhir tahun ini dan penyerahan kunci akan dibuat secara cabutan bagi pemohon yang layak, permohonan masih dibuka sama ada secara atas talian, Kerajaan Negeri atau pejabat jualan di tapak projek," katanya.

Tags / Kata Kunci: PR1MA , GST

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan