Aset TUDM A400M Akan Diperkenal Sempena Lima'15

Diterbitkan: Ahad, 15 Mac 2015 3:42 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Pesawat generasi baru Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Airbus A400M akan diperkenalkan kepada umum secara rasmi buat pertama kalinya pada majlis perasmian Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2015 (LIMA’15) pada Selasa ini.

Pesawat yang baru tiba di Pangkalan Udara Subang pada pagi Ahad juga akan dipamerkan kepada orang ramai sepanjang LIMA’15 berlangsung sehingga 21 Mac di Langkawi.

Panglima Tentera Udara, Jeneral Datuk Seri Roslan Saad berkata,  pesawat itu merupakan salah satu dari empat jentera udara yang dibeli kerajaan bagi memperkasakan aset pertahanan.

"Ini merupakan pesawat pertama yang tiba di Malaysia manakala tiga buah lagi akan tiba secara berperingkat.

"Daripada jumlah itu dua buah pesawat akan tiba pada tahun ini dan pesawat terakhir akan diserahkan kepada TUDM pada suku pertama tahun 2016," katanya pada sidang media ketibaan pesawat Airbus A400M di Pangkalan TUDM Subang di sini, Ahad.

Beliau menambah, operasi keseluruhan pesawat itu dijangka bermula dalam tempoh tiga bulan selepas latihan pengendalian khas dilakukan.

"Semua kru yang terlibat akan menyambung latihan taktikal supaya dapat mempertingkatkan teknik pengendalian sebelum pesawat beroperasi sepenuhnya," ujarnya.

Menurut Roslan, seramai 40 anggota dan pegawai TUDM terlibat dalam mengendalikan pesawat berkenaan dan mereka terdiri daripada juruterbang, juruteknik, jurutera dan anak kapal.

Ketika ditanya adakah pesawat baharu itu akan menggantikan Hercules C-130H, beliau memberitahu, pertukaran itu tidak akan berlaku buat masa ini kerana TUDM masih memerlukan pesawat berkenaan.

Sementara itu, juruterbang pertama A400M TUDM, Lt Kol Masro Kaliwon, 44, turut berkongsi pengalamanya ketika mengendalikan pesawat itu dari Eropah.

"Penerbangan bermula di Seville, Sepanyol menuju ke Abu Dhabi selama sembilan jam dan kemudiannya terus berlepas ke Subang selama sembilan jam lagi sebelum tiba pada Sabtu.

"Jika dibandingkan dengan pesawat C130H yang pernah saya kendalikan selama lima tahun, pesawat ini lebih bagus kerana mempunyai sistem yang moden, mampu membuat penerbangan dengan lebih tinggi, menjimatkan minyak serta operasi, dan mempunyai muatan kargo yang lebih luas," jelasnya.

Malaysia merupakan negara kelima di dunia dan pertama di Asia yang menerima pesawat tersebut selepas Perancis, Jerman, Turki dan United Kingdom.

Pesawat A400M dibeli melalui persetujuan yang dimetrai antara Kerajaan Malaysia dan Airbus Defence & Space (ADS) pada 8 Disember 2005 lalu.

Tags / Kata Kunci: TUDM , Subang , Sepanyol , A400M

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan