AGM Majlis Peguam: Usul G100 Ditolak

Diterbitkan: Sabtu, 14 Mac 2015 5:39 PM

Barisan kepimpinan Majlis Peguam (dari,kiri) Bendahari Majlis Peguam, Karen Cheah Yee Lynn, Naib Presiden Majlis Peguam, Steven Thiru, Presiden Majlis Peguam, Christoper Leong, Setiausaha Majlis Peguam, Richard Wee Thiam Seng dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Peguam, Rajen Devaraj pada Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Peguam ke-69 di Kuala Lumpur, Sabtu. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Majlis Peguam ke-69 telah menolak usul yang dibentangkan oleh G100, kumpulan peguam yang dikatakan non-partisan, yang meminta agar presiden mereka, Christopher Leong dikecam.

Keputusan itu dicapai melalui undian angkat tangan selepas empat jam perbahasan, dengan 161 undi memihak kepada usul itu, 1,194 menentang dan dua berkecuali.

Sambil melahirkan kekecewaan, jurucakap G100 Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman menegaskan bahawa Leong sememangnya telah melafazkan 'kenyataan menghina' terhadap Badan Kehakiman apabila beliau mempersoalkan keputusan Mahkamah Persekutuan yang mensabitkan hukuman liwat terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Sebahagian besar ahli telah mengundi dengan berpihak kepada presiden dan dia juga telah berkata bahawa dia tidak pernah menghina mahkamah.

"Dia berkata dia hanya menghina pasukan pendakwaan, tetapi kita tidak bersetuju dengannya kerana dia membuat kenyataan itu selepas keputusan itu dibuat," katanya kepada pemberita di sini Sabtu.

Apabila ditanya sama ada kumpulan itu akan membawa perkara itu kepada pihak berkuasa, Abdul Rahman berkata, mereka masih belum membuat keputusan mengenainya.

"Kami akan berbincang sesama kami, tetapi kita tidak akan membuat laporan polis pada masa ini. Kami berharap Peguam Negara atau pihak polis akan mengambil perhatian tentang ini.

"Sekarang terpulang kepada pihak berkuasa untuk memutuskan sama ada kenyataan Leong adalah menghina mahkamah atau sebaliknya," katanya.

Terdahulu, kumpulan itu membentangkan usul menyeru Leong untuk menarik balik kenyataan beliau bertarikh 11 Februari, bertajuk, 'Kenyataan Akhbar: Dato ' Seri Anwar Ibrahim: Didakwa atau Dianiaya?' yang dikeluarkan olehnya atas kapasiti sebagai Presiden Majlis Peguam.

Usul tersebut yang juga membuat panggilan kepadanya supaya membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Badan Kehakiman kerana ia membawa kepada penghinaan dan mengelirukan orang ramai di Malaysia, telah dicadangkan oleh Faidhur Rahman Abdul Hadi dan disokong oleh Aidil Khalid.

iklan

Video

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Khamis, 12 Oktober 2017 9:54 AM

Ifa Raziah ‘Kejar’ Malique

Kolumnis

iklan

Iklan