Pos Malaysia Perkenal Cap Khas Sempena Lima 2015

Diterbitkan: Sabtu, 14 Mac 2015 2:30 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) akan menggunakan cap khas untuk sampul surat peringatan sempena pelancaran Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2015, Selasa ini.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia Azlan Shahrim berkata sampul berukuran 190mm x 110mm itu akan memaparkan aksi pertunjukan udara.

"Cap khas kami akan terpapar pada mel-mel yang dihantar dari lokasi LIMA ke mana-mana sahaja di dunia pada hari Selasa ini," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata sejumlah 50,000 keping sampul surat peringatan khas berharga RM2.50 akan dijual secara terhad sehingga 21 Mac depan.

Pakej sampul surat berkenaan merangkumi setem pracetak bernilai RM2 yang memaparkan elemen aset maritim dan aeroangkasa seperti kapal laut, helikopter, jet pejuang serta pesawat komersial, katanya.

"Pameran dwitahunan ini akan menjadi kebanggaan Malaysia kerana ia meletakkan nama negara di persada antarabangsa.

"Pos Malaysia memberi penghormatan kepada pertunjukan antarabangsa berprestij ini yang memberi fokus terhadap industri maritim dan aeroangkasa," katanya.

Tags / Kata Kunci: Pos Malaysia , Lima 2015

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan