EssZone: Perintah Berkurung Dilanjutkan Sehingga 29 Mac

Diterbitkan: Sabtu, 14 Mac 2015 12:46 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Tempoh perintah berkurung fasa ke-15 di kawasan perairan Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) yang berakhir pada Sabtu, dilanjutkan sehingga 29 Mac dari pukul 7 malam hingga 5 pagi.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata keputusan melanjutkan tempoh perintah dibuat bagi terus menjamin keselamatan pengguna perairan, pelancong dan khususnya rakyat Sabah di daratan Esszone.

"Penguatkuasaan perintah berkurung yang masuk fasa ke-16 esok melibatkan jarak tiga batu nautika dari pantai di perairan Sandakan, Kinabatangan, Kunak, Lahad Datu, Tawau dan Semporna antara lain memudahkan penguatkuasaan serta memantau segala pergerakan bot penceroboh serta jenayah rentas sempadan aktiviti penyeludupan manusia, dadah dan senjata api terkawal," katanya dalam kenyataan di sini, Sabtu.

Menurutnya arahan perintah berkurung itu, yang dibuat sejak 19 Julai tahun lepas, turut disokong para pengusaha chalet dan aktiviti perikanan dalam memastikan keselamatan perairan termasuk pulau-pulau di persempadanan.

Tags / Kata Kunci: EssZone

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan