Malaysia Bentuk Semula Agensi Pengurusan Bencana Agar Lebih Mantap

Diterbitkan: Sabtu, 14 Mac 2015 6:11 PM

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (dua,kiri) yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bencana Negara menghadiri Persidangan Dunia PBB Ketiga mengenai pengurangan risiko bencana di Sendai, Jepun, Sabtu. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

SENDAI (Jepun): Malaysia bercadang membentuk semula agensi pengurusan bencana untuk menjadikannya lebih mantap sejajar dengan senario bencana semasa negara, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata Malaysia juga berhsrat untuk menubuhkan pusat kecemerlangan bagi penyelidikan berkaitan pengurusan bencana, selain menyediakan sistem amaran awal yang berkesan.

"Bencana banjir pada Disember 2014 yang melanda Malaysia mengingatkan kami bahawa masih banyak yang perlu dilakukan dalam membina daya tahan negara dalam berdepan bencana.

"Kami kini mengkaji dan belajar daripada amalan terbaik di negara lain dengan tujuan untuk menerapkannya di mana yang sesuai," katanya ketika berucap kepada perwakilan ke Persidangan Dunia Mengenai Pengurangan Bencana Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu kali ketiga di sini Sabtu.

Beliau berkata sistem amaran awal yang berkesan boleh membawa perubahan dalam soal antara hidup dan mati dan untuk tujuan ini, Malaysia sedang mengkaji untuk menggabungkan sistem amaran awal negara.

"Keupayaan untuk menyampaikan maklumat penting dan kesan ramalan kepada kumpulan sasaran yang bersesuaian akan membolehkan keputusan yang pantas dan betul dibuat," katanya.

Muhyiddin berkata perubahan terkini yang memberi kesan kepada alam sekitar menjadikan pewujudan pengurusan bencana yang lebih holistik dan berinovasi suatu perkara mandatori bagi Malaysia.

"Perkara ini menjadi semakin mendesak berikutan kesalinghubungan yang rapat dan rangkaian kukuh yang wujud antara risiko bencana dan cabaran utama lain dalam pembasmian kemiskinan, perbandaran dan pengurangan yang mampan.

"Ini adalah cabaran yang nyata terhadap kestabilan alam sekitar kita dalam mendepani iklim global yang berubah-ubah," katanya.

Muhyiddin berkata Pengurangan Risiko Bencana sentiasa menjadi sebahagian daripada dasar pembangunan Malaysia dan Malaysia telah menzahirkannya menerusi penyediaan sumber yang banyak untuk mengurangkan faktor risiko tersembunyi dan menggalakkan pembangunan mampan - "Rancangan Lima Tahun Malaysia".

"Kami kini dalam Rancangan Malaysia ke-11 dan kami akan memberi tumpuan yang jelas terhadap pengukuhan pengurusan risiko bencana, meliputi kaedah struktur dan bukan struktur. 

"Lima fasa pencegahan bencana, pengurangan, kesiapsiagaan, tindak balas, dan pemulihan akan diberi penekanan bagi menangani masalah banjir dan bahaya yang sedang memuncul dalam cara holistik, "kata Muhyiddin.

Timbalan Perdana Menteri berkata Malaysia adalah negara yang sentiasa dianggap kurang rentan namun pada tahun-tahun kebelakangan ini, Malaysia semakin terdedah kepada pelbagai bencana alam berkaitan iklim, sebahagiannya disebabkan perubahan iklim.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan