"Saya Tidak Akan Lindungi Apa-Apa Kesalahan" - Najib

Diterbitkan: Sabtu, 14 Mac 2015 3:51 PM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan beliau tidak akan melindungi apa-apa kesalahan dan tindakan yang dikenakan mengikut undang-undang.

Bercakap ketika merasmikan Konvensyen Umno Kedah selama dua hari bermula hari ini, Najib, yang juga Presiden Umno, berkata kedaulatan undang-undang akan dipertahankan.

"Saya sebagai perdana menteri dan presiden parti akan sentiasa berusaha yang terbaik untuk parti dan negara. Jikalau ada permasalahan, sama-sama kita tangani. Jikalau ada isu-isu, sama-sama kita tanganinya. Kalau perlu kita buat secara telus, kita buat cara telus.

"Kalau ada apa-apa kesalahan, kita tidak akan lindungi, kita betulkan, kita ambil tindakan ikut undang-undang. Kedaulatan undang-undang kita mesti pertahankan," kata beliau pada majlis perasmian itu yang turut dihadiri Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir.

Konvensyen Umno Kedah itu dihadiri perwakilan daripada kesemua 15 Umno Bahagian di negeri itu.

Mengenai cadangan kerajaan negeri Kedah berkaitan pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP), Najib berkata kerajaan pusat perlu menunggu terlebih dahulu kajian dan laporan mengenainya yang sedang disiapkan ketika ini.

"Kita tunggu report (laporan) dulu, belum siap lagi reportnya. Ia akan dibentangkan kepada menteri dan kabinet, mudah-mudahan hasrat dan niat itu, Tuhan akan makbulkannya," katanya.

Kerajaan negeri bercadang membina KXP bernilai RM1.6 bilion bagi merangsang ekonomi di utara tanah air.

Sementara itu perdana menteri turut memberi reaksi terhadap permintaan kerajaan negeri supaya kerajaan pusat menukarkan pinjaman yang dibuat Kedah sebelum ini kepada geran.

"Saya kena tengok secara keseluruhannya, kalau hendak hapuskan loan (pinjaman) saya kena tengok keseluruhannya. Mana yang mampu, insya-Allah saya akan terus membantu Kedah," katanya.

Tags / Kata Kunci: Umno , Najib

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan