KKM Tidak Halang Penjualan Barang Penghalau Nyamuk

Diterbitkan: Sabtu, 14 Mac 2015 9:34 PM

(Ubah saiz teks)

BALIK PULAU: Kementerian Kesihatan tidak menghalang penjualan barang-barang penghalau nyamuk seperti semburan jenis lekat di dinding, cat dan gelang khas. 

Menegaskan demikian, Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata dalam keadaan yang terdesak dengan peningkatan jumlah kes denggi, terpulang kepada cara-cara rakyat hendak mengelak gigitan nyamuk. 

Katanya, kementerian sedia maklum bahawa pelbagai cara cuba digunakan orang ramai dalam usaha mengelak gigitan nyamuk.

"Setakat ini, kami tidak menerima sebarang laporan bahawa barang-barang (penghalau nyamuk) ini mendatangkan kemudaratan," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran program Transformasi Sosial Rumah Pangsa Bandar Baru, Teluk Kumbar di sini, Sabtu. 

Baru-baru ini, terdapat laporan tentang sejenis gelang keluaran Korea Selatan yang boleh menjauhkan nyamuk. 
Gelang itu dijual dengan harga serendah RM5 bagi satu paket di Lembah Klang.


Sementara itu, Dr Hilmi berkata jumlah kes demam denggi di seluruh negara terus menunjukkan peningkatan dengan sebanyak 27,960 kes direkodkan bagi tempoh Januari hingga 12 Mac ini. 

Katanya, ini berbanding 19,280 kes dalam tempoh sama tahun lepas.

"Jumlah kematian kes demam denggi juga mencatatkan peningkatan kepada 81 untuk Januari-12 Mac berbanding 38 bagi tempoh sama tahun lepas," katanya. 

Beliau meminta semua pihak agar turut melakukan pemeriksaan sendiri di premis masing-masing sekurang-kurangnya sekali seminggu bagi memastikan tiada peralatan atau perkakasan yang berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan