5,000 Saksikan Penghijrahan Burung Pemangsa

Diterbitkan: Sabtu, 14 Mac 2015 2:37 PM

(Ubah saiz teks)

PORT DICKSON: Lebih 5,000 pengunjung dari dalam dan luar negara membanjiri perkarangan Rumah Api Tanjung Tuan dekat sini pada Sabtu untuk melihat fenomena penghijrahan burung-burung pemangsa.

Pengarah Tourism Malaysia Negeri Sembilan Zaidi Kassim berkata fenomena ini hanya berlaku setahun sekali di mana burung-burung ini bermigrasi dari kawasan sejuk ke kawasan yang lebih panas.

"Burung-burung ini datang dari Tanjung Rupat, Sumatera, Indonesia dan singgah di sini sebelum terbang ke kawasan utara seperti Siberia, Korea Selatan dan Jepun.

"Fenomena burung raptor migrasi ini hanya berlaku pada awal bulan ini sehingga awal bulan hadapan. Jadi pengunjung boleh menyaksikan fenomena ini dalam tempoh sebulan ini," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian "Raptor Watch 2015", di sini.

Antara burung pemangsa yang singgah di sini sebelum meneruskan perjalanan 12,000 kilometer seterusnya ialah 'Oriental Honey-buzzard', 'Black Baza', 'Japanese Sparowhawk', 'Chinese Goshawk' dan 'Grey-faced buzzard'.

Zaidi berkata musim panas yang melanda Malaysia kini merupakan antara daya penarik burung-burung pemangsa ini.

"Cuaca panas ini menarik lebih banyak burung pemangsa untuk singgah di sini kerana burung-burung ini memerlukan udara yang panas untuk mengikuti aliran udara sebelum ke destinasi seterusnya," katanya.

Beliau berkata fenomena migrasi burung-burung ini penting sebagai penanda aras kepada kualiti alam sekitar sesuatu tempat itu.

"Jika banyak burung yang singgah di kawasan ini, ia bermakna kualiti alam sekitar kita masih terpelihara. Jika sebaliknya, maka kita perlu risau kerana kualiti alam kita semakin merosot," katanya.

Pada masa hadapan, Zaidi berkata Tourism Malaysia Negeri Sembilan akan melancarkan program 'Birds of Negeri Sembilan' sebagai produk pelancongan yang terbaharu.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan