Ahmad Yakob Mahu Hadi Awang Kekal Presiden PAS

Diterbitkan: Sabtu, 14 Mac 2015 6:06 PM

Datuk Ahmad Yakob

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob mahu Datuk Seri Abdul Hadi Awang dikekal sebagai presiden PAS kerana beliau mampu menjalankan tanggungjawab dengan baik dalam menghadapi pelbagai situasi.

Beliau yang juga Timbalan Mursyidul Am PAS berkata PAS masih perlu mengekalkan Abdul Hadi walaupun terdapat gesaan untuk menukarkannya dengan pemimpin baharu.

Beliau berkata walaupun Perlembagaan PAS memberi ruang untuk sesiapa sahaja memilih calon yang layak bagi menggalas tugas itu, namun sehingga kini keperluan  Abdul Hadi menjadi presiden PAS dilihat masih tinggi.

"Kalau ia difahami semua anggota (parti), jawatan itu tidak perlu dicabar. Kedudukan pesiden sendiri sebagai pimpinan ulama kedua (dalam hierarki parti) sesuai untuk mengetuai sebuah parti yang boleh berhadapan dengan semua situasi di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa," kata beliau kepada pemberita.

Beliau melancarkan sambutan Jubli Perak 'Membangun Bersama Islam' peringkat  negeri Kelantan di sini Sabtu.

Turut hadir Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Abdullah Ya'kub.

Ahmad berkata walaupun terdapat pemimpin yang layak untuk menjawat jawatan presiden, namun buat masa ini keutamaan parti adalah untuk mengekalkan Abdul Hadi sebagai presiden.

Menurut Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali pada Jumaat, setakat ini tidak terdapat anggota PAS yang menyatakan hasrat untuk mencabar Abdul Hadi pada Muktamar Tahunan PAS ke-61 yang dijangka 1 Jun ini.

Mengikut perlembagaan parti, semua jawatan daripada peringkat presiden ke bawah adalah terbuka untuk dipertandingkan dan anggota parti yang mendapat minimum dua pencalonan layak untuk menjadi calon.

Mengenai pembentangan pindaan rang undang-undang Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bermula Isnin ini, beliau yakin sokongan bukan Islam terhadap PAS tidak akan berkurangan meskipun kerajaan negeri membentangkan rang undang-undang itu.

Pada persidangan DUN selama empat hari itu, kerajaan negeri dijangka membentangkan beberapa pindaan dalam enakmen berkenaan.

Mengenai pilihan raya kecil DUN Chempaka, beliau berkata sambutan masyarakat terhadap ceramah PAS setakat ini amat baik.

"Kita harap menjelang hari pemilihan (22 Mac), lebih ramai pengundi khususnya dari luar Kelantan akan kembali kerana ia kebetulan waktu cuti sekolah," katanya.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan