Masalah Aliran Tunai 1MDB Dijangka Pulih Hujung 2015 - Ahmad Husni

Diterbitkan: Sabtu, 14 Mac 2015 11:29 PM

Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah

Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah

(Ubah saiz teks)

IPOH: Masalah aliran tunai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ketika ini dijangka pulih menjelang akhir tahun ini, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Beliau berkata 1MDB kini mengambil beberapa langkah strategik termasuk mengkaji perasionalan tanah yang berada di bawah milikannya dan melancarkan tawaran awam permulaan (IPO) pada Jun atau Julai ini.

"Kita percaya selepas perasionalan tanah dan pelancaran IPO itu, kita akan dapat mengurus masalah kewangan yang dihadapi oleh 1MDB," katanya kepada pemberita selepas menghadiri rumah terbuka Tahun Baharu Cina anjuran pekebun kecil limau bali Tambun, di sini Sabtu.

Ahmad Husni berkata setakat ini, 1MDB telah menggunakan RM600 juta daripada RM950 juta yang diperuntuk kerajaan sebagai kredit tersedia sementara sebelum syarikat itu melancarkan IPO.

"Kita sediakan dana itu kerana kita tak mahu syarikat itu terus berhutang.
Hutang itu bukan sahaja akan menambah jumlah perlu dibayar tetapi termasuk kadar faedah.


"Jadi selepas pelancaran IPO dan beberapa lagi langkah, kita mahu syarikat itu melihat semula struktur kewangan mereka bagi mengurangkan beban untuk membayar hutang mereka," katanya.

Ahmad Husni, yang juga anggota Parlimen Tambun, turut menegaskan bahawa 1MDB terlibat dalam masalah aliran tunai bukan disebabkan masalah pengurusan atau penyelewengan seperti yang didakwa.


"1MDB terlibat dalam pelaburan jangka panjang, jadi untuk mendapat keuntungan daripada pelaburan yang dibuat itu perlu mengambil masa.
"Penyata kewangan syarikat itu bagi 31 Mac 2013 telah mencatatkan keuntungan cuma bagi 2014 sahaja mereka mencatatkan kerugian," katanya.
Tags / Kata Kunci: IPO , 1MDB , Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan