USM Cadang Beri Ijazah Anumerta Kepada Muhammad Izzamir

Diterbitkan: Jumaat, 13 Mac 2015 4:54 PM

Dr Omar Osman menunjukkan gambar Muhamad Izzamir.

(Ubah saiz teks)

KEPALA BATAS: Universiti Sains Malaysia (USM) menimbang untuk menganugerahkan ijazah anumerta kepada penuntutnya Muhamad Izzamir Nabihan Abdul Majid, 23, yang meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan di Acheh, Indonesia Rabu lepas.

Naib Canselor USM Prof Datuk Dr Omar Osman berkata perkara itu akan dibincangkan pihak senat sebelum keputusan berhubung penganugerahan itu dibuat.

Anumerta bermaksud gelaran yang diberikan selepas seseorang meninggal dunia.

"Penganugerahan Ijazah Anumerta itu selalunya diberi kepada mereka yang telah mengikuti lebih 70 peratus pengajian dan meninggal dunia, jadi USM mempertimbangkan untuk memberi pengiktirafan itu kepada arwah yang kini berada di tahun akhir pengajiannya.

Arwah juga adalah penuntut yang aktif dan banyak terbabit dengan aktiviti dianjurkan di kampus serta disenangi rakan dan pensyarah," katanya kepada pemberita selepas menziarahi jenazah Muhamad Izzamir Nabihan di rumah ibu saudaranya di Taman Abdullah Fahim, di sini, Jumaat.

Muhamad Izzamir Nabihan yang merupakan penuntut tahun akhir Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral USM itu meninggal dunia ketika menerima rawatan di Pusat Kesihatan Masyarakat Geumpang, Acheh setelah bas yang membawa 24 anggota rombongan akademik USM terbabas.

Jenazah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang pada pukul 10.15 pagi tadi dan dikebumikan di tanah perkuburan Masjid Jamiul Al Badawi, di sini iaitu kampung halaman bapa mangsa, Abdul Majid Abd Gaffor, 50-an, selepas solat Jumaat.

Sementara itu, Muhammad Izzaman Nabihan, 17, berkata mereka sekeluarga reda dengan pemergian abangnya dan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu menguruskan jenazah Muhammad Izzamir.

"Sebelum ini abang memang ada memaklumkan kepada keluarga tentang lawatannya ke Acheh bermula 8-13 Mac ini, tetapi hari ini hanya jenazahnya sahaja yang balik," kata Muhammad Izzaman Nabihan pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur.

Beliau berkata sehingga ini bapanya yang merupakan seorang pegawai polis belum dimaklumkan mengenai kejadian yang menimpa anak kedua daripada lima beradik itu.

"Keadaan kesihatan ayah tidak stabil dan masih dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) dan keluarga buat keputusan untuk tidak memaklumkan lagi kejadian yang menimpa abang," katanya.

Tags / Kata Kunci: USM

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan