Pencapaian Terbelakang Pelajar Malaysia Mengejutkan - Muhyiddin

Diterbitkan: Jumaat, 13 Mac 2015 3:06 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Tahap pencapaian pelajar Malaysia yang terbelakang berbanding negara asing lain sememangnya mengejutkan walaupun negara mempunyai salah satu peruntukan bajet terbesar untuk pendidikan di dunia, kata Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Apa yang menjadi isu kepada kita adalah mengapa prestasi pelajar kita masih tidak sebagus pelajar lain di negara-negara maju, walaupun peruntukan besar disalurkan dalam sektor pendidikan," katanya.

Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, sebanyak 21 peratus daripada Bajet 2015 disalurkan dalam sektor pendidikan, dari peringkat pra-sekolah sehingga universiti.

Beliau menambah, peruntukan itu adalah menyamai atau lebih dari sebahagian negara asing, termasuk negara-negara maju seperti Amerika Syarikat (AS).

Menurutnya, pencapaian pelajar Malaysia dalam ujian yang turut diguna pakai di peringkat antarabangsa seperti Programme for International Student Assessment (PISA) dan International Mathematics and Science Study (TIMMS) yang meletakkan negara pada kedudukan ketiga dari bawah.

Muhyiddin yang mengakui terkejut dengan pencapaian tersebut berkata, beliau bagaimanapun menerima hakikat itu.

"Marilah kita terima ini sebagai satu hakikat," katanya sambil menambah bahawa penyelesaian boleh dilakukan supaya pelajar tempatan dapat setanding dengan pelajar di negara-negara maju.


Tags / Kata Kunci: Muhyiddin Yassin , pendidikan

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan