Najib Adakan Perbincangan Dengan Presiden Myanmar

Diterbitkan: Jumaat, 13 Mac 2015 11:26 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Myanmar U Thein Sein mengadakan perbincangan empat mata di pusat pentadbiran kerajaan di sini, Jumaat.

Kedua-dua pemimpin kemudian menghadiri mesyuarat delegasi bagi membincangkan perkembangan kerjasama dua hala sedia ada antara Malaysia dan Myanmar.

Thein Sein, yang menjawat jawatan Presiden Myanmar pada 2011, tiba semalam bagi lawatan negara sulungnya selama dua hari ke negara ini, atas undangan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Pemimpin Myanmar yang diiringi isteri, Daw Khin Khin Win mengadap Tuanku Abdul Halim, pada Malam Rabu.

Myanmar merupakan rakan dagang ke-38 terbesar Malaysia di peringkat global dan ketujuh terbesar dalam kalangan negara anggota ASEAN dengan jumlah perdagangan antara kedua-dua negara sebanyak RM3.18 bilion tahun lepas.

Tags / Kata Kunci: Myanmar

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan