Kes Selesema, Denggi Meningkat

Diterbitkan: Jumaat, 13 Mac 2015 8:31 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Musim selesema dan denggi kini menular berikutan klinik dan pusat perubatan di seluruh negara melaporkan peningkatan bilangan pesakit yang berhadapan dengan wabak itu.

Kementerian Kesihatan berkata, peningkatan dalam bilangan mereka yang mendapat rawatan bagi jangkitan saluran pernafasan (RTI) seperti selesema dan batuk berlaku setiap tahun.

Satu tinjuan The Star terhadap beberapa klinik menunjukkan bilangan pesakit RTI meningkat sekurang-kurangnya 50 peratus pada bulan lepas.

"Setiap kali terdapat perubahan cuaca, seperti yang berlaku sekarang di mana perubahan waktu panas terik kepada hujan lebat, maka akan ada peningkatan mendadak dalam bilangan mereka yang jatuh sakit," kata pengamal perubatan, Dr R. Chandravathana.

"Keadaan itu menunjukkan bagaimana badan bertindak balas kepada perubahan yang cepat dalam suhu tetapi ia akhirnya akan dapat diubati," katanya.

Tambahnya, pada masa ini sekurang-kurangnya separuh daripada pesakit di kliniknya mengalami sama ada deman, selesema, sakit tekak atau kesemuanya.

"Cara terbaik untuk memastikan mereka tidak jatuh sakit adalah meminum banyak air dan mendapatkan rehat secukupnya.

"Ia juga baik sekiranya mereka dapat mengelakkan daripada terkena hujan, kerana ia sering kali melemahkan sistem imun seseorang," katanya.

Pegawai pembantu kesihatan di klinik 1Malaysia Alam Damai, Muhammad Harriz Ahmad, turut melaporkan peningkatan bilangan pesakit yang mengalami RTI.

"Klinik menerima secara purata 30 pesakit sehari yang mempunyai simptom demam, sejuk dan batuk," katanya.

Pembantu khidmat pelanggan Pusat Perubatan Kelana Jaya, Zita Marzila berkata, selain pesakit yang mengalami RTI, terdapat juga peningkatan bilangan bagi kes denggi.

"Kami percaya perubahan cuaca mungkin faktor menyebabkan lebih ramai menghidap denggi," tambahnya.

Beberapa klinik di Pulau Pinang, Pahang dan Johor Bahru turut melaporkan terdapat peningkatan dalam bilangan pesakit yang datang untuk mendapatkan rawatan kerana sejuk, demam dan denggi.

Jurucakap Jabatan Meteorologi, Dr Hisham Mohd Anip berkata, negara kini sedang mengalami musim monsun timur laut, yang bermula sejak November tahun lalu.

"Semasa musim ini, akan adanya hujan lebat, terutama di pantai timur Semenanjung dan bahagian barat di Sarawak," katanya.

Tags / Kata Kunci: denggi , selesema

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan