Majlis Peguam Dituntut Kecam Tindakan MP Usul Bahas Badan Kehakiman

Diterbitkan: Jumaat, 13 Mac 2015 6:20 PM

- Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sekumpulan peguam yang digelar G100 menuntut Majlis Peguam supaya tidak terus berdiam diri dan mengecam tindakan beberapa ahli Parlimen berhubung 'kenyataan merosakkan' yang dibuat mengenai badan kehakiman.

Salah seorang ahli kumpulan itu, Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman berkata, Majlis Peguam bertanggungjawab untuk mempertahankan kesucian sistem kehakiman dari dicemuh oleh orang lain.

"Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk melindungi kepentingan profesion ini. Akan wujud huru-hara di negara ini jika tiada siapa yang menghormati mahkamah dan peguam," katanya pada sidang akhbar di sini, Jumaat.

Beliau merujuk kepada 70 ahli Parlimen pembangkang pada Rabu yang memfailkan usul di Parlimen untuk membahaskan tindakan panel hakim Mahkamah Persekutuan yang mensabitkan kesalahan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Abdul Aziz berkata Majlis Peguam masih bertanggungjawab untuk membuat pendirian apabila ada sesuatu yang jelas salah.

"Kami memberitahu mereka (Majlis) untuk bertindak balas semalam (Khamis), tetapi sehingga kini mereka tidak melakukannya. Jika mereka tidak berbuat apa-apa, kepada siapa kita perlu beralih apabila ada orang membuat kenyataan merosakkan tentang mahkamah?

"Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk melindungi kepentingan badan kehakiman," katanya.

G100 adalah kumpulan yang sama yang telah meminta agar Presiden Majlis Peguam Christopher Leong menarik balik kenyataannya mempersoalkan keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes liwat Anwar.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan