700 Penguatkuasa DBKL Siap Siaga Hadapi Himpunan #KitaLawan

Diterbitkan: Jumaat, 13 Mac 2015 8:41 PM

Datuk Seri Ahmad Phesal Talib

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kira-kira 700 anggota penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bersiap siaga untuk menghadapi sebarang kemungkinan berikutan Himpunan #KitaLawan yang akan diadakan setiap minggu di hadapan kompleks membeli belah Sogo di sini.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata pihaknya bekerjasama dengan polis untuk memantau dan mengawal situasi bagi mengelakkan kejadian yang boleh menggugat keselamatan orang ramai dan merosak harta benda awam ekoran daripada himpunan berkenaan.

"Himpunan kali ini mereka (pembangkang) tidak membuat permohonan. Peserta himpunan ini bukan sahaja berada pada satu-satu kawasan malahan mereka akan bergerak ke tempat-tempat lain.

"Walaupun menghadapi sedikit kesukaran dalam keadaan seperti itu namun kami akan beri perhatian terhadap kesiapsiagaan anggota (penguat kuasa) DBKL), " katanya pemberita selepas merasmikan Pertubuhan Kesepakatan Anak Watan (SEPAKAT).

Majlis tersebut turut dihadiri Pengurus Besar, Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Datuk Zulkefli Salleh.

Dalam pada itu, Ahmad Phesal berkata penganjur #KitaLawan perlu memikirkan kesan negatif penganjuran himpunan berkenaan yang boleh mencemar imej negara di mata dunia.

"Kita sedia maklum tahun ini negara kita menjadi Pengerusi ASEAN. Saya amat berharap elok mereka (penganjur) berfikir," katanya.

Sekretariat #KitaLawan memutuskan himpunan di hadapan Sogo diadakan setiap hari Sabtu pada pukul 4 petang dan ia akan diteruskan biarpun tangkapan polis dibuat terhadap peserta pada minggu lepas.

Himpunan itu dianjurkan bagi menyatakan sokongan kepada ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang kini menjalani hukuman penjara lima tahun bagi kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

iklan

Video

Khamis, 22 Jun 2017 3:00 PM

EKSKLUSIF! Wany Hasrita Cinta Eric Fuzi?

Khamis, 22 Jun 2017 12:12 PM

Sharifah Amani Pantang Kena Tegur?

Khamis, 22 Jun 2017 9:00 AM

Sayu... Air Mata Kerinduan Ir Radzi

Rabu, 21 Jun 2017 3:00 PM

Zul Ariffin Nak Balas Dendam?

Rabu, 21 Jun 2017 12:05 PM

Wow! Fauziah Latiff Masih 'Hot'

Rabu, 21 Jun 2017 9:30 AM

Bella Nazari Pernah Buat 'Kerja Gila'

Selasa, 20 Jun 2017 3:00 PM

Fathia Latiff Mangsa Komen Lucah

Selasa, 20 Jun 2017 12:00 PM

Kesiannya... Tajul Kesepian

Selasa, 20 Jun 2017 9:25 AM

Abam 'Recycle' Baju Raya

Kolumnis

iklan

Iklan