Gesaan Bina Tembok Segera Di Sempadan Malaysia-Thai

Diterbitkan: Jumaat, 13 Mac 2015 4:42 PM

(Ubah saiz teks)

BUKIT KAYU HITAM: Anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Kayu Hitam, Datuk Zaini Japar mahu kerajaan membina segera tembok di sepanjang kawasan sempadan Malaysia-Thailand di samping menggunakan alat pemantauan canggih.

Beliau berkata antara peralatan yang diperlukan ialah mesin pengimbas yang kini pusat pemeriksaan Bukit Kayu Hitam tidak memilikinya.

"Ketika ini pemeriksaan dilakukan secara rambang," katanya.

Beliau juga mendakwa kawalan keselamatan di sepanjang kawasan sempadan di Bumit Kayu Hitam adalah longgar sehingga membolehkan pelbagai kegiatan dari penyeludupan pendatang hingga senjata api berlaku.

"Terdapat kebocoran dalam kawalan keselamatan di sempadan dengan kewujudan lebih 10 lorong tikus yang digunakan penyeludup," tambahnya.

Zaini juga meminta pos kawalan dilengkapi kemudahan tempat tinggal yang sempurna bagi anggota keselamatan termasuk bekalan elektrik dan air yang sempurna.

Beliau berkata kelewatan pembinaan Kompleks, Kastam, Imigresen dan Kuarantin (KIK) Bukit Kayu Hitam yang baharu turut menyumbang kepada kelonggaran kawalan keselamatan.

"Walaupun kerajaan telah menganugerahkan projek bernilai kira-kira RM300 juta tiga tahun lepas, tetapi kemajuan pembinaan kompleks KIK hanya 20 peratus siap," katanya dan menambah projek yang sepatutnya siap dalam tempoh 36 bulan selepas penganugerahan projek perlu dipercepatkan.

Sementara itu Pengurus Besar Felda Wilayah Alor Setar, Abdul Rahman Ahmad menafikan laporan akhbar bahawa Felda Bukit Tangga yang bersempadan dengan kawasan Thailand dijadikan pangkalan kemasukan warga asing.

Felda Bukit Tangga sentiasa memantau dengan pasukan keselamatan dalam menangani kemasukan pendatang asing, katanya.

Tags / Kata Kunci: Malaysia , Thailand , Bukit Kayu Hitam

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan