Rakyat Malaysia Dipenjara Rakam Video Bawah Skirt Wanita

Diterbitkan: Khamis, 12 Mac 2015 8:57 AM

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Seorang pekerja binaan warga Malaysia dipenjara tiga minggu kerana mengambil video di bawah skirt seorang wanita di eskalator stesen MRT di sini.

Cheong Chap Mun, 38, yang bekerja di Singapura memasang perakam video di telefon bimbitnya dan meletakkannya secara menghadap ke arah atas, di dalam sebuah beg, yang diletakkan di antara kaki wanita berkenaan.

Insiden pada 1 Jun 2012 itu akhirnya terbongkar selepas dia ditahan selepas 11 hari kejadian berlaku.

Ini berikutan seorang penumpang mendapati Cheong mengambil sekeping gambar bahagian atas badannya dengan menggunakan telefon bimbit di dalam sebuah bas.

Wanita itu kemudiannya bersemuka dengan Cheong dan mendapatkan bantuan daripada pemandu bas. Pemandu tersebut kemudiannya memaklumkan kepada kakitangan perkhidmatan bas supaya menghubungi polis.

Mereka kemudiannya merampas telefon bimbit Cheong dan menemui video yang merakamkan bawah skirt wanita.

Timbalan Pendakwa Raya, Lin Yinbing pada Rabu berkata, terdapat risiko di mana video itu boleh disebarkan, yang akan mengaibkan mangsanya.

Cheong turut pernah disabitkan bersalah kerana memiliki sebuah filem lucah pada 2007.

Tiga pertuduhan lain diambil kira ketika menjatuhkan hukuman ke atas Cheong.

Cheong yang tidak diwakili peguam meminta supaya hukuman diringankan, dengan mengatakan bahawa dia menyedari kesalahan yang dilakukan dan akan memperbaiki kesilapan itu.

Tambahnya, dia akan berkahwin pada Mei depan dan perlu menjaga ibunya yang sudah tua.

Hakim, Crystal Ong berkata, beliau bersetuju dengan pihak pendakwaan. 

Katanya, dia boleh dihukum penjara sehingga setahun dan didenda di atas kesalahan menghina kehormatan wanita. - The Straits Times/ANN


iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan