Tindakan Terhadap Ahli MCA Sertai Perhimpunan Haram - Tiong Lai

Diterbitkan: Khamis, 12 Mac 2015 9:49 PM

Liow Tiong Lai

Datuk Seri Liow Tiong Lai

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: MCA akan menyiasat aduan terhadap Datuk Kian Sit Har yang menyertai perhimpunan haram #KitaLawan dan tindakan disiplin akan diambil jika penasihat Wanita MCA Melaka itu didapati melanggar perlembagaan parti.

Presidennya Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata setakat ini, MCA hanya menerima aduan lisan mengenai Kian dan parti akan mengambil tindakan jika aduan bertulis diterima daripada pihak akar umbi.

"Seseorang anggota seharusnya menjaga nama baik parti dengan mematuhi perlembagaan parti," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Penganugerahan Khidmat Lama dan Penyumbang Yayasan Pendidikan Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (TARUC) di sini, Khamis.

Beliau diminta mengulas mengenai tindakan Kian yang bergambar bersama Naib Presiden PKR Rafizi Ramli pada perhimpunan haram itu Sabtu lepas.

Sebelum ini, Kian, 77, pernah menyertai beberapa perhimpunan haram anjuran pembangkang termasuk Bersih 3.0 dan Kempen AntiLynas pada 2012 serta pernah didakwa di Mahkamah Seksyen Melaka atas kesalahan itu.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan