Dua Polis Dirakam Tidur Semasa Bertugas Ditukar 24 Jam

Diterbitkan: Khamis, 12 Mac 2015 10:06 AM

Gambar anggota polis lelaki dan wanita yang bertugas, tidur di kerusi di pejabat pertanyaan Balai Polis Komuniti Mak Madin tersebar di media sosial dan mendapat kritikan pelbagai pihak.

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Penyebaran gambar dua anggota polis yang sedang tidur semasa bertugas di Balai Polis Komuniti Mak Mandin, Butterworth menyebabkan kedua-duanya ditukarkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Wira Abdul Rahim Hanafi berkata, beliau telah mengarahkan supaya pertukaran itu dibuat dalam tempoh 24 jam.

"Lembaga disiplin sedang menyiasat perkara ini. Dua anggota polis akan ditukarkan ke sana sementara kita menunggu tindakan seterusnya.

"Saya melihat perkara ini secara serius dan tindakan tegas akan diambil," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Sejak Selasa, gambar anggota polis lelaki dan wanita yang bertugas, tidur di kerusi di pejabat pertanyaan balai polis berkenaan tersebar di media sosial termasuk aplikasi WhatsApp dan mendapat kritikan pelbagai pihak.

Bagaimanapun, tidak dipastikan bila gambar tersebut diambil.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan