MH17: 164 Waris Terima Wang Pampasan Pendahuluan

Diterbitkan: Khamis, 12 Mac 2015 4:05 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebanyak 164 waris mangsa tragedi pesawat  Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH17 telah mendapat bayaran pampasan pendahuluan daripada kerajaan setakat 6 Mac lepas, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

"MAS telah menawarkan bayaran pampasan pendahuluan sebanyak RM184,413 (US$50,000) sebagai sebahagian daripada bayaran pampasan penuh kepada setiap waris keluarga penumpang dan anak kapal.

"Jumlah pampasan yang dibayar kepada waris mangsa adalah mengikut Montreal Convention 1999 berdasarkan pembuktian kerugian yang ditanggung setiap penumpang," katanya.

Liow berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada Fong Kui Lun (DAP-Bukit Bintang) yang diedarkan kepada media di lobi Dewan Rakyat di sini, Khamis.

Pesawat malang MH17 yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas di timur Ukraine setelah dipercayai ditembak jatuh di ruang udara negara yang bergolak itu pada 17 Julai lepas.

Mengenai bayaran pampasan pendahuluan kepada waris keluarga dan anak kapal pesawat MH370 pula, Liow berkata sebanyak 52 orang telah menerima bayaran itu sehingga tempoh yang sama.

"Pihak MAS telah memaklumkan kepada waris mangsa kedua-dua pesawat malang itu pada 28 dan 29 Jan lepas berhubung kesediaan MAS untuk mengadakan rundingan mengenai bayaran pampasan penuh," katanya.

Penerbangan MH370 yang membawa 12 anak kapal dan 227 penumpang, hilang daripada imbasan radar semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 8 Mac tahun lepas.

Tags / Kata Kunci: MH17 , MAS

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan