Najib Ucap Tahniah Haron Din Dilantik Mursyidul AM PAS

Diterbitkan: Khamis, 12 Mac 2015 6:24 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada Datuk Dr Haron Din yang dilantik sebagai Mursyidul Am PAS yang baharu, menggantikan Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Tahniah Ustaz Haron Din atas pelantikan sebagai Mursyidul Am PAS yang baharu," katanya dalam catatan terbaharu beliau di laman Twitternya di sini, Khamis.

Majlis Syura PAS, yang membuat keputusan itu pada mesyuarat di ibu pejabat PAS di sini pada 8 Mac lepas, turut melantik Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob sebagai Timbalan Mursyidul Am PAS.

Sebelum ini, Haron yang berasal dari Bohor Mali, Kangar, Perlis, adalah Timbalan Musyidul Am PAS dan merupakan pengasas Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia (Darussyifa').

Berkelulusan doktor falsafah dalam bidang Syariah dari Universiti Darul Ulum, Kaherah, Mesir, Haron bergiat aktif dalam politik sejak 1974 dan pernah beberapa kali bertanding kerusi Parlimen Arau.

Jawatan Mursyidul Am PAS kosong setelah Nik Aziz, yang juga bekas menteri besar Kelantan, meninggal dunia akibat kanser prostat pada 12 Feb lepas.

Tags / Kata Kunci: PAS , BN , UMNO

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan