Malaysia Kerjasama Dengan Interpol Jejak Bakal Pengganas Guna Agensi Umrah

Diterbitkan: Khamis, 12 Mac 2015 6:00 PM

Ahmad Zahid Hamidi

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Malaysia akan bekerjasama dengan Interpol bagi mengesan bakal pengganas yang menggunakan agensi umrah dan berkemungkinan menggunakan laluan transit lain untuk ke Syria sebelum menyertai kumpulan militan IS.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ada dalam kalangan mereka menggunakan agensi umrah sebagai alasan untuk sampai ke Jeddah dan Madinah sebagai transit ke negara ketiga.

"Kita akan lihat dari segi 'manifests', tiket mereka itu tidak akan sampai ke Jeddah atau Madinah sahaja. Dalam 'manifests' itu dia mungkin akan pergi ke tempat lain kerana ada di kalangan bakal pengganas ini dia pergi ke negara yang ketiga, pergi ke Istanbul umpamanya lepas itu habis...kita tak tahu.

"Tetapi kita bekerjasama dengan Interpol dan maklumat ini kita peroleh sama ada selepas dia pergi ke Istanbul itu naik kenderaan darat atau menggunakan kenderaan lain untuk ke destinasi yang mereka sendiri tahu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan forum Jenayah dan Kepolisan Di Malaysia kali ke-9, di Universiti Sains Malaysia di sini Khamis.

Pada Rabu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis mengesan dua individu disyaki menggunakan alasan hendak mengerjakan ibadah umrah sebelum menyertai kumpulan militan IS.

Ahmad Zahid berkata pihaknya turut bekerjasama dengan agensi umrah bagi memantau jadual penerbangan setiap individu yang mengikuti perjalanan agensi umrah berkenaan.

Ditanya sama ada agensi umrah berkenaan mempunyai kaitan dengan penglibatan individu terbabit dalam IS, beliau berkata: "Saya tidak yakin begitu kerana keutamaan mereka (agensi umrah) lain, bukan mahu melibatkan diri. Jangan tuduh mereka... kasihan".

Katanya, beliau percaya bilangan rakyat tempatan terlibat dengan kumpulan militan IS di Syria dan Iraq lebih ramai berbanding jumlah yang direkodkan ketika ini iaitu 61 orang.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid berkata peguam negara akan menyampaikan taklimat Rang Undang-Undang Pencegahan Keganasan (POTA) kali kedua kepada jemaah menteri esok sebelum dibentang di Dewan Rakyat.


Beliau menegaskan, POTA bukanlah undang-undang yang hanya menjatuhkan hukuman semata-mata malah ia lebih berbentuk pencegahan dan mereka yang ditangkap akan dipulihkan dari segi akidah, ideologi dan ketaksuban terhadap sesuatu perjuangan itu.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan