LTdL 2015: Jalan Utama Ke Ibu Negara Ditutup Ahad Ini

Diterbitkan: Khamis, 12 Mac 2015 7:48 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Beberapa jalan dari Kuala Kubu Baharu ke ibu negara akan ditutup serentak sempena kejohanan lumba basikal Le Tour de Langkawi 2015 (Peringkat 8) Ahad ini.


Ketua Trafik Kuala Lumpur Mohd Nadzri Hussain berkata jalan-jalan itu akan ditutup mulai 2 petang bermula dari Kuala Kubu Bharu menuju ke ibu negara dari arah Rawang sebelum tamat di Dataran Merdeka.

Jalan terlibat ialah Jalan Kuching (Pasar Borong Selayang), Bulatan Kepong, sepanjang Jalan Ipoh, Jalan Sultan Azlan Shah, Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Sultan Ismail.

"Turut ditutup Jalan Raja, Jalan Lebuh Pasar, Lebuh Ampang, Jalan Tun Perak, Jalan Raja Chulan, Jalan P.Ramlee dan Jalan Ampang," katanya dalam kenyataan, Khamis.

Mohd Nadzri berkata jalan berkenaan akan ditutup dan dilencong serentak di semua laluan perlumbaan, sebelum dibuka semula kepada pengguna jalan raya selepas kumpulan pelumba melaluinya.

Pengguna jalan raya disaran menggunakan laluan alternatif iaitu mereka yang dari Kajang boleh melalui Jalan Loke Yew, Jalan Hang Tuah, Jalan Kinabalu dan Jalan Kuching manakala dari Lebuhraya Seremban boleh mengikuti Jalan Maharajalela, Jalan Tun Razak, Bulatan Kampung Pandan serta Bulatan Pahang. 

Kenderaan dari arah Setapak boleh melalui Bulatan Pahang, dari Kepong boleh mengikuti Jalan Kuching dan Jalan Tun Razak manakala kenderaan dari arah Jalan Duta boleh melalui Jalan Mahameru (Wisma Tani), Bulatan Pahang atau Jalan Dewan Bahasa.

Kenderaan dari arah Kampung Baru ke pusat bandar boleh melalui Jalan Tun Razak dan pengguna dari arah Ampang ke pusat bandar pula boleh melalui Jalan Tun Razak dan Jalan Kampung Pandan.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan