Pembangkang Dicabar Saman Muhammad Shafee - Berita Semasa | mStar

Pembangkang Dicabar Saman Muhammad Shafee

Diterbitkan: Khamis, 12 Mac 2015 8:52 PM

Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pembangkang dicabar mengambil tindakan perundangan dengan menyaman peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berhubung penyertaannya dalam jelajah menjelaskan keputusan kes liwat Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Cabaran itu dibuat Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Baling) kepada Mohamed Hanipa Maidin (PAS-Sepang) yang mempertikaikan tindakan Muhammad Shafee, selaku Ketua Pendakwa Raya, membuat pendedahan maklumat kepada umum berhubung kes liwat Anwar.

Mohamed Hanipa dalam perbahasan usul menjunjung kasih atas titah ucapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, berkata sebagai pengamal undang-undang, Shafee tidak seharusnya membuat perkara itu selepas selesai tugasannya di mahkamah.

"Apa motifnya dia menyertai roadshow (jelajah) itu...sedangkan bayarannya RM1,000 sahaja. Sepatutnya tugas dia dah berakhir bila kes itu selesai," katanya.

Beliau turut mengkritik tindakan saman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap Harakah berhubung laporan akhbar itu mengenai dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Mohamed Hanipa mempersoalkan mengapa Najib memilih pihak tertentu untuk disaman sedangkan ada pihak lain yang turut menyiarkan laporan mengenai 1MDB.

Kritikan itu menyebabkan Abdul Azeez bangkit mencelah dengan menempelak Mohamed Hanipa supaya jangan terlalu angkuh dalam membuat kenyataan.

"Jangan angkuh sangat sehingga mencabar...sebenarnya Sepang (Mohamed Hanipa) mahu saman itu ditarik balik terhadap Harakah, tetapi janganlah sampai mengaibkan perdana menteri.

"Dalam konteks Shafee, samanlah beliau tentang roadshow yang dikatakan ada konspirasi politik itu," kata Abdul Azeez sambil menegur Mohamed Hanipa agar tidak bersikap biadap.

Tindakan Abdul Azeez mencetuskan kekecohan apabila kedua-dua wakil rakyat itu saling bertikam lidah mempertahankan pendapat masing-masing.

Situasi itu ditenangkan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Ismail Mohamed Said dan meminta Mohamed Hanipa menghabiskan perbahasannya sebelum beliau mengumumkan penangguhan sidang Dewan Rakyat sehingga Isnin depan.
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan