Undang-Undang Sedia Ada Cukup Untuk Berurusan Dengan Hasutan - Peguam

Diterbitkan: Khamis, 12 Mac 2015 7:10 PM

Syahredzan Johan

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Akta Hasutan perlu dimansuhkan kerana terdapat undang-undang sedia ada yang boleh digunakan untuk mengaitkannya dengan kata-kata atau ucapan yang mungkin bermaksud menghasut atau menyebabkan kemudaratan, kata peguam.

Peguam kebebasan awam Syahredzan Johan berkata, Kanun Keseksaan, sebagai contoh, berurusan dengan perbuatan intimidasi jenayah (Seksyen 503), sengaja mengaibkan dengan niat hendak memecahkan keamanan (Seksyen 504) dan kenyataan yang mendatangkan khianat awam (Seksyen 505).

"Ia mungkin tidak sempurna tetapi sekurang-kurangnya ia berurusan dengan niat (menghasut untuk menyebabkan kecederaan fizikal)," kata Syahredzan pada forum mengenai Akta Hasutan anjuran Kumpulan Tindakan Belia University Help, Khamis.

Beliau menambah, peruntukan Akta Hasutan begitu luas sehingga apa-apa sahaja boleh disifatkan sebagai menghasut.

Beliau juga menafikan hujah bahawa Akta ini diperlukan untuk menjaga kesucian Islam, Raja-Raja dan hak istimewa Bumiputera.

"Jika rusuhan kaum akan berlaku, ia tetap akan berlaku. Hujah ini dangkal," katanya sambil menjelaskan mengenai tweet pada Februari yang tersebar secara meluas di media sosial.

Peguam Hak Asasi Manusia Eric Paulsen berkata Akta tersebut umumnya telah digunakan terhadap mereka yang ingkar sejak diperkenalkan oleh British.

Beliau berkata ia pertama kali digunakan terhadap nasionalis Tanah Melayu seperti Samad Ismail dan Ahmad Boestamam, yang lantang bersuara menentang British.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan