Pemilihan PAS: Ahmad Awang Calon Pilihan Ganti Hadi, Harakahdaily Perlu Adil

Diterbitkan: Khamis, 12 Mac 2015 2:27 PM

Ahmad Awang.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Bekas Pesuruhjaya PAS Perak, Ahmad Awang dikatakan calon 'favourite' yang akan dinamakan oleh ahli akar umbi parti itu bagi mencabar jawatan presiden yang disandang oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam pemilihan PAS yang akan berlangsung Jun nanti.

Yang Dipertua PAS kawasan Kota Bharu mendakwa berdasarkan maklumat yang diperolehinya, beberapa kawasan PAS Johor dijangka mencalonkan pemimpin veteran PAS itu selepas Naib Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menolak pencalonan untuk bertanding jawatan presiden.

Mengakui sedikit kecewa dengan tindakan Tuan Ibrahim menolak pencalonan yang diberikan oleh PAS kawasan Kota Bharu, Wan Abdul Rahim bagaimanapun menghormati pendirian Pesuruhjaya PAS Pahang itu yang disifatkan sebagai 'tidak mahu menentang arus'.

Wan Abdul Rahim Wan Abdullah.

"Buat masa ini kami memang tiada cadangan untuk menamakan calon lain. Kami berpegang pada prinsip menghormati pendirian pemimpin PAS.

"Namun saya yakin PAS kawasan lain akan calonkan pemimpin ulama juga untuk calon presiden, antaranya nama yang disebut-sebut ialah Ustaz Ahmad Awang," katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Sementara itu, Ahmad yang juga pemimpin veteran PAS berkata, masih terlalu awal untuk membuat penilaian sama ada beliau akan menerima pencalonan untuk bertanding kerusi nombor satu parti itu sekiranya namanya dicadangkan pada pemilihan kali ini.

"Kita tunggulah dahulu.. masih awal lagi hendak buat pertimbangan, mesyuarat PAS kawasan pun baru hendak bermula. Saya perlu buat penilaian dahulu, siapa calon-calon lain yang turut dicalonkan, sekiranya jumlah pencalonan yang diterima sedikit bermakna akar umbi masih mahu pemimpin sedia ada dikekalkan.

"Cuma apa yang saya minta, semua yang dicalonkan diberikan platform secara adil untuk menyatakan pendirian dan visi mereka. Jangan hanya calon satu pihak sahaja yang dibenarkan menyatakan pandangan, dan organ parti seperti Harakahdaily perlu bersikap adil dalam memberikan laporan mengenai setiap calon yang bertanding.

"Jangan ada pandangan atau pendapat calon lain sengaja 'digelapkan', ini tidak adil. Kita perlu bersikap adil kepada semua calon, jangan hanya menuduh parti pemerintah gunakan alat kerajaan untuk kempen pilihan raya, sedangkan kita juga buat perkara yang sama. Ini menunjukkan kita tidak ubah seperti mereka, cakap tak serupa bikin," katanya yang sedang dalam perjalanan ke lapangan terbang untuk menunaikan umrah.

Bagaimanapun Ahmad yang juga bekas Naib Presiden PAS ini berkata calon muda yang mempunyai latar belakang agama seperti Tuan Ibrahim merupakan calon 'favourite' yang sesuai menerajui PAS.

"Bagi saya Tuan Ibrahim, beliau lah calon 'favourite'. Kita mahu pemimpin muda macam beliau. Saya ini dah berusia 79 tahun, lebih baik beri laluan kepada pemimpin muda untuk menerajui PAS.

"Sekiranya PAS kawasan Johor atau mana-mana kawasan hendak calonkan saya, itu terpulang kepada mereka, kita ini sebuah parti demokrasi," katanya.

Isnin lalu, PAS bahagian Kota Bharu menamakan Tuan Ibrahim sebagai pencabar untuk jawatan presiden, dengan memberikan kesihatan Abdul Hadi sebagai alasan.

Walau bagaimanapun, Tuan Ibrahim menolak pencalonan itu dengan berkata bahawa ia adalah satu kejutan yang tidak membina keutuhan parti.

Keputusan PAS kawasan Kota Bharu itu telah mendapat reaksi yang tidak memberansangkan daripada Timbalan Pesuruhjaya Pas Kelantan yang juga Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah, yang menyifatkannya sebagai tidak patut dan tidak wajar.

Difahamkan Abdul Hadi kini berada di Mekah kerana melakukan ibadat umrah. Ahli Parlimen Marang itu tidak pernah dicabar sejak beliau  mengambil alih kerusi presiden daripada Datuk Fadzil Noor pada 2002.


iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan