Palanivel Tegaskan Video Babitkan Dirinya Diolah Semula & Tidak Benar

Diterbitkan: Rabu, 11 Mac 2015 8:04 AM

G. Palanivel.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Presiden MIC, Datuk Seri G.Palanivel menegaskan bahawa kandungan klip video yang dimuat naik di sebuah portal berita pro pembangkang berjudul 'Video of Palanivel Causes Stir' telah diolah semula dan ia langsung tidak benar. 

Beliau berkata, beliau akan membuat laporan polis mengenai klip video itu untuk siasatan dan mahukan mereka yang bertanggungjawab diheret ke muka pengadilan.

"Saya lihat perbuatan ini ada kaitan dengan pemilihan semula dalam MIC yang saya gesa diadakan dan sokongan padu pengerusi-pengerusi cawangan parti terhadap kepimpinan saya," katanya dalam satu kenyataan. 

Video berdurasi 3.16 minit itu disiarkan di laman web berita berkenaan yang menunjukkan imej menyerupai Palanivel, sedang ditemuramah.

Portal berita itu menyatakan di laman webnya bahawa tidak dapat dipastikan sama orang dalam video itu sebenarnya presiden MIC.

Tags / Kata Kunci: Palanivel

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan