Polis Siasat Hanya Jika Audit 1MDB Kesan Percanggahan - KPN

Diterbitkan: Rabu, 11 Mac 2015 8:41 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis hanya akan menjalankan siasatan jika audit terhadap 1Malaysia Development Bhd (1MDB) oleh Jabatan Audit Negara mengesan sebarang percanggahan, kata Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata, polis akan menunggu laporan Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang mengenai perkara ini.

"Sekiranya siasatan mengesan sebarang percanggahan, polis seterusnya akan memulakan siasatan," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Bercakap di Putrajaya pada Selasa, Ambrin mengumumkan bahawa jabatannya telah mula menjalankan audit terhadap 1MDB sebaik sahaja diarahkan berbuat demikian oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak minggu lepas. 

Khalid turut memperjelaskan laporan media yang memetik beliau sebagai mencadangkan supaya Najib disoal berhubung isu itu.

"Apa yang saya sebenarnya maksudkan ialah polis akan menyoal semua pihak yang kami percaya boleh membantu memberi maklumat tentang kes. Begitupun, fokus ialah kepada pihak-pihak yang membuat keputusan dalam syarikat," kata beliau. 

Khalid mengulangi bahawa tindakan ini hanya akan dimulakan jika laporan Ketua Audit Negara mendedahkan percanggahan dan petunjuk bahawa terdapat salah laku dalam syarikat pembangunan strategik milik kerajaan itu.

"Jika tidak, siasatan tidak akan dijalankan," katanya.

Khalid mengingatkan semua pihak supaya tidak membuat laporan berhubung 1MDB tanpa asas.  

"Polis akan mengambil tindakan terhadap mereka yang sengaja menggunakan masa dan sumber kami, dengan tidak perlu. Biarkan proses biasa berjalan," katanya. 

Menurut laporan, Peguam Negara telah menubuhkan pasukan petugas khas untuk menyiasat laporan polis berhubung 1MDB berkaitan dakwaan salah urus dana. 

Khalid berkata, pasukan khas itu akan diketuai oleh Jabatan Peguam Negara untuk membolehkan penggemblengan sumber untuk memudahkan siasatan. 

Beliau berkata, ini lebih berkesan daripada menjalankan siasatan secara berasingan. 

Selain Bahagian Jenayah Komersil Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Peguam Negara, Khalid berkata pasukan khas itu juga disertai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan