KDN Tidak Keluar Arahan Larang Masuk Sabah Dan Sarawak

Diterbitkan: Rabu, 11 Mac 2015 6:20 PM

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak pernah memberi arahan kepada Jabatan Imigresen Negeri Sabah dan Sarawak untuk mengenakan larangan kepada warga asing dan penduduk Semenanjung Malaysia daripada memasuki kedua-dua negeri itu.

Menteri berkenaan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata arahan itu hanya boleh diterima melalui pihak berkuasa negeri Sabah dan Sarawak mengikut Seksyen 65, Akta Imigresen 1959/63.

"Senarai nama warga Semenanjung Malaysia yang dilarang masuk ke Sabah dan Sarawak berubah dari semasa ke semasa mengikut arahan pihak berkuasa negeri Sabah dan Sarawak.

"Senarai nama itu juga dikawal di bawah Akta Rahsia Rasmi," katanya dalam jawapan bertulis kepada Teresa Kok (DAP-Seputeh) yang diedarkan kepada media di lobi Dewan Rakyat di sini, Rabu.

Teresa mahu Menteri Dalam Negeri menyatakan sama ada Pejabat Imigresen Sabah dan Sarawak mengenakan larangan terhadap warga asing dan Semenanjung daripada memasuki kedua-dua negeri itu, selain senarai nama yang dilarang masuk ke negeri berkenaan.

Awal bulan lepas, Teresa dilaporkan dilarang memasuki Sabah tanpa diberikan alasan sebaik sahaja tiba di lapangan terbang di Sandakan.

Sebelum ini, beberapa pemimpin pembangkang turut dilarang memasuki Sabah termasuk bekas presiden Majlis Peguam Datuk Ambiga Sreenevasan dan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua.

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan