Hanya Individu Tak Rasional Cabar Presiden PAS - Takiyuddin

Diterbitkan: Rabu, 11 Mac 2015 11:44 PM

Datuk Takiyuddin Hassan

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penolong Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan menyifatkan hanya individu yang tidak rasional akan menerima pencalonan untuk mencabar kedudukan Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Presiden PAS.

Beliau berkata secara tradisinya, seseorang presiden PAS tidak pernah dicabar oleh mana-mana individu lain kecuali transisi kepimpinan dilakukan atas sebab mengisi kekosongan seperti kematian.

"Secara rasionalnya, tiada sesiapa yang akan menerima pencalonan bagi mencabar Abdul Hadi pada pemilihan kali ini melainkan mereka yang tidak munasabah sahaja akan berbuat demikian," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen pada Rabu.

Takiyuddin yang juga Anggota Parlimen PAS Kota Bharu mengulas tindakan PAS Kota Baharu yang mencalonkan Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bagi jawatan Presiden PAS namun beliau menolaknya, Selasa.

Beliau berkata Abdul Hadi masih berkelayakan untuk menerajui tugas sebagai presiden parti itu dan tiada keperluan untuk mencabar jawatan nombor satu itu pada Muktamar Tahunan Ke-61 PAS Pusat pada Jun depan.

"Presiden parti (Abdul Hadi) dilihat masih berwibawa bagi meneruskan agenda parti berikutan ketokohannya sebagai seorang ulama," kata Takiyuddin.

Menurutnya alasan faktor kesihatan Abdul Hadi juga tidak boleh diterima pakai bagi melepaskan jawatan itu.

"Jika berlaku pertandingan jawatan presiden, ini menjadi sesuatu yang pelik dalam parti," katanya.

Pada Selasa, Tuan Ibrahim dilapor berkata pencalonannya untuk mencabar presiden disifatkan sebagai kejutan yang tidak akan membina keutuhan parti.

Sementara itu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad (PAS-Kuala Terengganu) berkata masih terlalu awal untuk semua pihak membuat spekulasi berhubung pencalonan mencabar presiden parti.

"Semua pihak layak menawarkan pencalonan untuk mencabar jawatan presiden.Tuan Ibrahim juga antara calon terbaik dan pencalonan calon baru juga suatu tanda sihat," katanya.

Abdul Hadi menyandang jawatan presiden PAS sejak 2002 berikutan kematian Allahyarham Datuk Fadzil Mohd Noor.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan