587 Syarikat Tidak Laksana Polisi Pembayaran Gaji Minimum

Diterbitkan: Rabu, 11 Mac 2015 2:51 PM

Richard Riot Jaem.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Hanya 587 daripada 42,297 syarikat yang diperiksa didapati tidak melaksanakan polisi pembayaran kadar gaji minimum kepada pekerja setakat 31 Jan lepas, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot Jaem.

Riot berkata, majikan yang tidak melaksanakan gaji minimum itu telah diberi tindakan notis pematuhan.

Selain itu katanya, sebanyak 1,201 tuntutan kes buruh berkaitan gaji minimum telah diterima dan 23 peratus (276 kes) selesai dibicarakan di Mahkamah Buruh manakala 925 (77 peratus) masih dalam tindakan pegawai.

"Sebanyak 90 peratus (1,071 kes) daripada 1,796 kes selesai disiasat bagi aduan mengenai kegagalan majikan membayar gaji minimum. 176 masih dalam tindakan Jabatan Tenaga Kerja.

"177 kertas pendakwaan dibuka. Daripada jumlah itu, 109 (62 peratus) diberi izin untuk pendakwaan oleh Timbalan Pendakwa Raya. Jumlah kompaun yang dikenakan adalah RM144,800," katanya semasa menjawab soalan Abdullah Sani Abdul Hamid (PKR-Kuala Langat).

Mengenai kes pertikaian perusahaan yang melibatkan pelaksanaan gaji minimum, Riot berkata, 17 kes daripada 49 kes diselesaikan melalui rundingan damai manakala 27 kes dirujuk ke Mahkamah Perusahaan untuk dibicarakan.

Mengenai Garis Panduan Gaji Minimum (GPGM) yang dipersetujui Majlis Perundingan Gaji Negara, Riot berkata garis panduan itu bukanlah suatu dokumen yang mempunyai kesan perundangan sebaliknya ia hanyalah garis panduan kepada majikan bagi memudahkan majikan melaksanakan Perintah Gaji Minimum 2012.

Tags / Kata Kunci: Richard Riot Jaem , gaji minimum

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan