PRK Chempaka: Bantuan Jentera Ghaib Bukan Ilmu Sihir - Aslah

Diterbitkan: Rabu, 11 Mac 2015 11:52 PM

Aslah Mamat

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Calon bebas pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka, Aslah Mamat, 64, menjelaskan bantuan daripada jentera ghaib yang dimaksudkannya bukan ilmu sihir atau bomoh.

Beliau berkata jentera ghaib yang dimaksudkan ialah pertolongan daripada Allah SWT serta malaikat dan bukan perkara yang tidak elok atau terpesong daripada Islam.

"Perkara berkenaan ini perlu dijelaskan supaya masyarakat tidak salah faham dengan apa yang telah saya perkatakan semalam (jentera ghaib).

"Saya berseorangan kerana bukan satu parti politik yang besar, jadi bantuan inilah yang saya maksudkan dan kita sebagai umat Islam kena percaya," katanya kepada pemberita di sini, Rabu.

Akhbar pada Rabu melaporkan Aslah yang juga ahli perniagaan, yang bertanding pada PRK DUN Chempaka 22 Mac ini akan mendapatkan bantuan daripada jentera ghaib sepanjang tempoh berkempen.

Sementara itu, Aslah berkata pelbagai persiapan sedang dilakukan dan poster serta banting akan dipasang dalam masa terdekat di beberapa kawasan strategik yang akan dikenal pasti selepas ini.

"Saya akan mengadakan ceramah dahulu, itu fokus utama sebelum bertemu masyarakat untuk memberitahu apa yang saya perjuangkan," katanya.

PRK tersebut menyaksikan pertandingan lima penjuru antara calon PAS Ahmad Fathan Mahmood@Mahamad, 42, dan empat calon bebas iaitu bekas pensyarah Izat Bukhary Ismail Bukhary, 48; bekas Naib Presiden Perkasa Kelantan Sharif Mahmood, 59; Yang Dipertua Pertubuhan Keturunan Paduka Raja Cik Siti Wan Kembang, Fadzillah Hussin, 55; dan Aslah.

PRK tersebut diadakan berikutan kematian penyandangnya Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, 84, akibat kanser prostat pada 12 Februari lepas.

Pada pilihan raya umum ke-13, Nik Abdul Aziz yang juga bekas menteri besar Kelantan mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) Wan Razman Wan Abdul Razak dengan majoriti 6,500 undi.

BN memutuskan tidak bertanding pada PRK itu bagi memberi tumpuan kepada kerja-kerja pemulihan pasca banjir setelah Kelantan dilanda banjir luar biasa pada Disember tahun lepas.

Pengundian akan berlangsung pada 22 Mac ini.

Tags / Kata Kunci: Aslah Mamat , jentera ghaib , PRK Chempaka

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan