Muhyiddin Ziarah Jenazah Abang

Diterbitkan: Selasa, 10 Mac 2015 12:17 PM

Muhyiddin menziarahi jenazah abangnya Abdul Rahman, 76, yang meninggal dunia pada Isnin akibat sakit tua di kediaman abangnya di Bakri di Muar, Selasa. Foto BERNAMA

(Ubah saiz teks)

MUAR: Tan Sri Muhyiddin Yassin pagi Selasa menziarahi jenazah abangnya Abdul Rahman, 76, yang meninggal dunia di Hospital Pakar Sultanah Fatimah di sini akibat sakit tua pada pukul 7.45 malam Isnin.

Timbalan perdana menteri turut bersama keluarga dan sahabat handai membaca yasin dan solat jenazah yang diimamkan anak saudara mereka Ilham Imam di kediaman Allahyarham di Taman Kenangan Tun Dr Ismail, Bakri.

Muhyiddin tiba bersama Setiausaha Politiknya, Datuk Tahir Md Taat dan anggota Dewan Undangan Negeri Jorak, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh.

Jenazah Allahyarham kemudian dibawa ke Masjid Jamek Kampung Kenangan sebelum ke Tanah Perkuburan Islam Batu 6, Bakri, dekat sini untuk disemadikan.

Anak ketiga Allahyarham, Hairani, 41, berkata arwah bapanya itu merupakan anak bongsu daripada enam beradik hasil perkahwinan isteri pertama Allahyarham Yassin bersama Allahyarham Maznah Daud.

"Emak meninggal dunia 12 tahun lalu. Arwah mempunyai enam anak dan 14 orang cucu," katanya.

Hairani berkata, arwah bapanya dimasukkan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah di sini sejak dua hari lalu kerana batuk dan kelihatan lemah.

Allahyarham juga mengalami masalah buah pinggang dan jangkitan paru-paru, katanya.

Allahyarham Abdul Rahman merupakan pesara guru agama di Sekolah Arab Saadiah, Jalan Bakri di sini.

Tags / Kata Kunci: Muhyddin Yassin

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan