Tiada Lagi Protes Cukur Rambut Depan Parlimen - Zahid

Diterbitkan: Selasa, 10 Mac 2015 3:19 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penunjuk perasaan perlu memikirkan cara yang lebih kreatif untuk menyuarakan pendapat mereka apabila bercukur kepala sebagai tanda protes tidak akan lagi dibenarkan diadakan di pintu masuk Parlimen.

Dewan Rakyat pada Selasa menyokong usul yang dibawakan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk memberi kuasa kepada Ketua Polis Negara (KPN) dalam memastikan tiada yang membuat halangan di pintu masuk dan keluar Parlimen.

Zahid menjelaskan bahawa langkah yang sepatutnya perlu dilakukan bagi memastikan keselamatan di Parlimen.

Oleh itu, Menteri Dalam Negeri akan mengadakan satu langkah bagi setiap pembukaan sidang parlimen untuk mengarahkan KPN memastikan jalan-jalan yang menghala dan dari Parlimen adalah bebas daripada halangan.

"Ini supaya tiada gangguan di jalan-jalan menuju ke Dewan Rakyat dan tiada kekecohan di dalam atau berdekatan dengan bangunan. Aktiviti mencukur kepala tidak sepatutnya diadakan di pintu masuk Dewan Rakyat," kata Zahir.

Terdahulu pada pagi Selasa, kira-kira 15 orang termasuk ahli parlimen mencukur rambut mereka sebagai protes menuntut supaya Anwar dibenarkan menghadiri sidang parlimen yang bermula pada Isnin.



iklan

Kolumnis

iklan

Iklan