PAS Pertaruh Calon Muda Hadapi Empat Calon Bebas

Diterbitkan: Selasa, 10 Mac 2015 3:46 PM

Ahmad Fathan Mahmood

Ahmad Fathan Mahmood. Foto BERNAMA

(Ubah saiz teks)

KOTA BHARU: PAS meletakkan calon muda bagi mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka pada pilihan raya kecil (PRK) kawasan itu 22 Mac.

Calonnya, Ketua Urusan Ulama PAS DUN Chempaka, Ahmad Fathan Mahmood @ Mahamad, 42, dilahirkan di Kampung Baung, di sini.

Beliau berkelulusan Sarjana Syariah dari Universiti Malaya selain pernah menuntut dalam jurusan Talaqqi Kitab dan Mustami' di Damsyik, Syria dan Sarjana Muda Syariah di Universiti al-Azhar, Mesir.

Beliau yang menganggotai PAS sejak 1993 merupakan Bendahari PAS Kawasan Pengkalan Chepa, Imam Masjid Kampung Baung Besar, timbalan pengetua dan pensyarah di Institut Dakwah Islamiah Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) di sini.

Ahmad Fathan dikurniakan tujuh orang anak hasil perkahwinan dengan Azizah Hanim Mohd Daud@Ali.

Calon bebas, Sharif Mahmood, 59, pula berasal dari Kampung Bunut Payong di sini dan berkelulusan Diploma Pertanian dari Universiti Putra Malaysia (UPM).

Bekas Pegawai Perhubungan Awam Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) itu juga merupakan bekas Naib Presiden Perkasa Kelantan.

Beliau dikurniakan empat orang anak hasil perkahwinannya dengan Siti Fatimah Yaacob, 57.

"Saya bertanding bagi menyuburkan semangat demokrasi politik tanah air setelah Barisan Nasional (BN) memutuskan untuk tidak bertanding pada PRK berkenaan," kata Sharif.

Seorang lagi calon bebas adalah Yang Dipertua Pertubuhan Keturunan Paduka Raja Cik Siti Wan Kembang, Fadzillah Hussin berhasrat untuk mewakili dan membela nasib rakyat jika dipilih sebagai Anggota DUN Chempaka.

Fadzillah, 55, seorang ahli perniagaan adalah anak kelahiran Labok, Machang, merupakan seorang ibu tunggal dan mempunyai dua anak perempuan serta dua anak lelaki.

Calon Bebas, Aslah Mamat, 64, dari Sungai Petai, Pasir Puteh, adalah pesara kerajaan dan mempunyai seorang isteri dengan lima anak.

Aslah berkata, beliau bertanding pada pilihan raya kecil ini kerana ingin menyampaikan mesej dan penerangan apa yang perlu dilakukan kerajaan untuk rakyat.

Sementara itu, seorang lagi calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary, 48, berasal dari Kota Baharu dan pernah menjadi calon Bebas di PRK DUN Pengkalan Kubor, September tahun lepas, namun tewas.

Beliau pernah menjadi tenaga pengajar di beberapa institusi pengajian tinggi.

Pilihan raya kecil diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, 84, akibat kanser prostat pada 12  Februari lepas.

DUN Chempaka mempunyai 21,890 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 20,390 pemilih biasa, 1,497 pemilih awal dan tiga  orang pengundi tidak hadir luar negara.

Tags / Kata Kunci: Chempaka , Ahmad Fathan Mahmood

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan