Ladang Tumbuh Bagai Cendawan Ancam Kualiti Air Cameron Highlands

Diterbitkan: Selasa, 10 Mac 2015 9:19 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ladang yang tumbuh bagaikan cendawan di sekitar Sungai Terla menjejaskan kualiti air di sungai berkenaan yang merupakan sumber utama air di Cameron Highlands.

Seorang aktivis mendakwa sejumlah ladang beroperasi sama ada secara sah atau haram di sekitar kawaan tadahan air Sungai Terla meningkat tiga kali ganda sejak 2008.

"Ladang-ladang ini... merupakan ancaman utama kepada kualiti air dalam bentuk pepejal terampai dan bakteri koliform (termasuk najis) berikutan aktiviti manusia dan pembajaan daripada baja seperti tahi ayam," kata bekas presiden Persatuan Alam Sekitar Malaysia, Dr Maketab Mohamed.

Beliau menambah, jumlah terbaharu adalah sebanyak 90 ladang di sekitar kawasan tadahan Sungai Terla, yang membekalkan 80 peratus untuk Cameran Highlands.

"Ladang-ladang berkenaan boleh dilalui menggunakan jalan menghala ke loji rawatan air Sungai Terla," katanya, sambil menambah terdapat hanya 20 ladang yang beroperasi secara sah dan haram ketika kawasan itu diterokai pada 2008.

"Siapa yang memberikan mereka kebenaran untuk mewujudkan ladang di sini, dan sekiranya mereka beroperasi secara haram, siapa yang akan mengambil tindakan? Jelas sekali bahawa pihak berkuasa tidak menjalankan tanggungjawab," katanya.

"Tahun lalu, mereka membanteras pendatang asing tanpa izin (Pati) secara besar-besaran. Tetapi mereka tidak berbuat apa-apa apabila ia melibatkan tentang keselamatan air kita," kata Maketab, sambil menambah bahawa penternakan lembu di sepanjang Sungai Terla juga menyebabkan bahan seperti nitrat dan fostat masuk ke dalam sungai.

Menurut satu sumber di Putrajaya, situasi bekalan air di Cameron Highlands sudah pun menjadi krisis buat negeri itu.

Beliau yang tidak mahu dikenali memberitahu The Star bahawa pihak berkuasa perlu bertindak segera termasuk air yang dirawat di Brinchang kerana dicemari oleh koliform najis, selain baki sisa racun perosak.

Dalam satu kajian oleh Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun lalu, air yang dirawat di Brinchang didapati dicemari dengan racun perosak, di mana kebanyakannya diharamkan di negara ini.

Satu kajian bersama mengenai kualiti air yang dilakukan oleh Persatuan Alam Sekitar dan Persatuan Kesedaran Alam Sekitar Cameron Highdlands menemui kesan koliform najis di dalam beberapa sampel air paip.

Maketab, yang merupakan seorang profesor mengenai permodelan kualiti air dan kualiti air di Universiti Teknologi Malaysia menambah bahawa kajian pada 2008 itu menemui sejumlah koliform dalam air mentah yang "terlalu banyak untuk dikira".

Tahap bakteria di dalam air dikira oleh unit pembentukan koloni (CFU) setiap 100 mililiter (mlm) dan ketika itu beberapa sampel air dikira sehingga 250 CFU setiap 100 ml daripada jumlah koliform, apabila ia sepatutnya menjadi sifar, seperti yang ditetapkan dalam minuman di Malaysia.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G. Palanivel dalam satu kenyataan berkata, beliau akan berjanji untuk bekerjasmaa dengan agensi kerajaan lain dan universiti untuk menangani isu tersebut.

Beliau berkata, pihaknya akan melakukan sebaik mungkin untuk "mengatasi ancaman kepada kesihatan dan alam sekitar".

"Isu sisa racun perosak dalam air minuman dan air sungai adalah membimbangkan. Adalah perlu bagi Malaysia untuk mendapatkan cara organik bagi mengawal perosak dalam industri sayur-sayuran, buah-buahan dan bunga-bungaan.

"Langkah yang memberi manfaat jangka panjang itu akan mengawal dan akhirnya menamatkan kesan bahan kimia berbahaya yang berisiko tinggi kepada kesihatan," katanya.

Beliau turut menggesa untuk diadakan kesedaraan pengguna supaya peladang akan mempunyai pemahaman yang lebih baik mengenai kesan akibat penggunaan bahan kimia itu dan kesan kumulatifnya terhadap alam sekitar.

Tags / Kata Kunci: Cameron Highlands

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan