Kabinet Sarawak Lulus Penubuhan Sekolah Indonesia

Diterbitkan: Selasa, 10 Mac 2015 7:45 PM

Fatimah Abdullah

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Kabinet Sarawak bersetuju menubuhkan sekolah Indonesia di negeri ini semasa mesyuaratnya pada 26 Februari, kata Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Sarawak Datuk Fatimah Abdullah.

Fatimah selaku Menteri yang bertanggungjawab bagi pendidikan di Sarawak berkata Kabinet memberi kelulusan kerana hal-hal pendidikan adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah bersetuju atas permintaan kerajaan Indonesia untuk penubuhan sekolah itu di negeri ini.

"Ketua Menteri kita menyentuh tentang cadangan itu semasa mesyuarat kabinet negeri baru-baru ini dan kabinet bersetuju dengan penubuhan sekolah tersebut,"kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan temasya sukan Majlis Sukan Sekolah Menengah Bahagian Kuching, Selasa.

Bulan lalu, Najib berkata kerajaan negeri Sarawak bersetuju untuk menubuhkan sekolah Indonesia di negeri ini, sama seperti kemudahan yang telah ditubuhkan di Sabah.

Sekolah itu akan memenuhi keperluan pendidikan anak-anak pekerja migran Indonesia di negeri ini. Sabah mempunyai 50 sekolah seperti itu.

Perdana Menteri yang membuat pengumuman itu semasa lawatan Presiden Joko Widodo ke Malaysia bulan lepas, berkata seperti diperjuangkan oleh UNESCO, hak untuk pendidikan adalah hak sejagat yang tidak boleh dinafikan.

Fatimah berkata, penubuhan sekolah Indonesia juga sejajar dengan hak asasi kanak-kanak untuk akses kepada pendidikan.  

Beliau berkata semua sekolah Indonesia yang akan ditubuhkan di kawasan perladangan mesti berdaftar dengan Kementerian Pendidikan dan Jabatan Pendidikan untuk tujuan pemantauan.

"Semua kos untuk menubuhkan sekolah ini akan ditanggung oleh kerajaan Indonesia dan kawasan tapak akan disediakan oleh syarikat perladangan di bawah tanggungjawab sosial korporat.

"Sekolah-sekolah ini juga akan mengikut konsep Indonesia dengan sukatan pelajaran dan guru-guru sendiri dari Indonesia," kata Fatimah, yang merayu kepada masyarakat Sarawak untuk memahami mengapa perlu untuk penubuhan sekolah-sekolah Indonesia di negeri ini.

Fatimah berkata, pihak berkuasa negeri termasuk Jabatan Imigresen akan memantau sekolah-sekolah ini untuk mengelakkan masalah sosial seperti pendatang asing tanpa izin, dan menambah bahawa di bawah Ordinan Buruh Sarawak, pekerja migran tidak dibenarkan membawa bersama pasangan mereka ke Sarawak.

Inisiatif sekolah Indonesia diilhamkan untuk memberi pendidikan kepada anak-anak pekerja asing Indonesia untuk membentuk modal insan yang berkualiti.

Ia tercetus hasil pertemuan antara bekas presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono dan bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 11 Jan, 2008.

Sekolah Antarabangsa Kota Kinabalu, sekolah yang pertama seumpama itu dinegara ini, ditubuhkan pada 1 Dis, 2008.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan