Penguatkuasaan Manusia Lebih Efisien Berbanding Guna Dron

Diterbitkan: Selasa, 10 Mac 2015 5:29 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Usaha pihak berkuasa menggunakan dron atau Kenderaan Udara Tanpa Pemandu (UAV) untuk memantau aktiviti penerokaan tanah haram di Cameron Highlands tidak akan membuahkan hasil yang diingini tanpa diiringi penguatkuasaan yang tegas dan berterusan.

Presiden Sahabat Alam Sekitar Malaysia Datuk Abdul Malek Yusof berkata aspek pemantauan berasaskan penguatkuasaan diyakini lebih efisien dan berhasil bagi mencari pesalah yang melanggar undang-undang yang telah ditetapkan berbanding penggunaan dron.

"Pemantauan kena buat...penguatkuasaan kena jalan...jangan ada pangkalan penguat kuasa sahaja tapi penguatkuasaan tidak jalan. Kita hendak halang hakisan tanah, pembalakan haram dan pencerobohan tanah haram.

"Ini semua dari segi undang-undang sudah ada, tidak semestinya kena pakai alat canggih (dron) untuk pemantauan. Pihak berkuasa kena sedar perkara ini,"katanya kepada Bernama pada Selasa.

Beliau mengulas inisiatif Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) memantau penerokaan tanah haram menggunaan pesawat dron atau kenderaan udara seperti diumumkan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G. Palanivel baru-baru ini.

Palanivel dilaporkan berkata dron berkenaan diguna pakai bagi melakukanaktiviti pemantauan khususnya kawasan terpencil di daerah Cameron Highlands dan ia akan digunakan pada waktu pagi sehingga petang.

Dalam pada itu, Abdul Malek berkata penggunaan dron mungkin akan melibatkan kos yang tinggi dan menjurus kepada pembaziran, dan lebih baik sekiranya peruntukan kewangan diagihkan dengan menambah pegawai dan anggota penguatkuasaan.

"Bila penguatkuasaan tidak dibuat, tiada gunanya pakai alat canggih yang lain sehingga berlaku pembaziran," katanya.

Sementara itu, pelbagai reaksi diberi netizen di media sosial berkenaan penggunaan dron tersebut.

"Integriti itu yang penting. Teknologi nombor dua..Masalah di Cameron Highlands adalah masalah integriti, bukan teknologi," tulis pemilik akaun Wak Dogol.

"Walau canggih mana pun teknologi digunakan, tetap manusia yang control dan selagi rasuah ada hrmmmm. Membazir duit rakyat," tegas Zul Naim Ismail pula.  

Tags / Kata Kunci: Dron , Cameron Highlands

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan