Isu Air: Kerajaan Pusat Tidak Pernah Langgar Janji

Diterbitkan: Selasa, 10 Mac 2015 8:16 PM

Maximus Ongkili
(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan menafikan dakwaan Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali bahawa kerajaan negeri menyerahkan aset tanahnya kepada Kerajaan Persekutuan dalam usaha melaksanakan penstrukturan industri bekalan air di negeri itu.

Menteri Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili menegaskan kerajaan pusat tidak pernah melanggar sebarang prinsip perjanjian dalam isu itu, sebaliknya komited mencari jalan penyelesaian jangka masa panjang berhubung isu air di Selangor.

"Kita tidak pernah tambah sebarang terma baru...itu semua politik (dakwaan Azmin). Mereka tidak baca secara tertib definisi aset yang meliputi tanah," katanya kepada pemberita di lobi Dewan Rakyat, di sini, Selasa.

Ongkili menjelaskan dua aset tanah yang terlibat dalam perjanjian utama penstrukturan industri bekalan air Selangor iaitu Semenyih dan Bukit Nanas merupakan milik kerajaan persekutuan.

Katanya ini berdasarkan semakan semula dengan pesuruhjaya tanah yang mendapati kedua-dua aset itu dimiliki Kerajaan Persekutuan dan tidak sah untuk diguna pakai dalam perjanjian pajakan yang bakal ditandatangani Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) dan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (PASSB).

"Kerajaan akui tidak menyedari status kedua-dua aset ini sebelum perjanjian utama ditandatangani pada 12 Sept tahun lalu kerana difahamkan ia milik kerajaan negeri (Selangor)," jelas Ongkili.

Beliau berkata perjanjian pajakan antara PAAB dan PASSB menjelaskan aset serta tanah itu akan diambil alih selama 45 tahun oleh Kerajaan Persekutuan sebelum ia diserahkan semula kepada kerajaan Selangor sebaik tempoh perjanjian itu tamat," katanya.

Ongkili berkata, justeru kedua-dua pihak perlu meneliti semula inti pati perjanjian utama dalam menyelesaikan masalah itu serta mengemukakan sebarang isu berbangkit pada pertemuan selanjutnya.

"Sebelum ini tiada pertemuan antara saya dan Menteri Besar Selangor, (Azmin Ali), sebaliknya hanya perbincangan dengan pegawai khas. Maka kaedah perbincangan selepas ini perlu terperinci walaupun lebih 32 pertemuan diatur bagi menyelesaikan isu penstrukturan semula industri perkhidmatan bekalan air Selangor," katanya.

Sementara itu, Mohamed Azmin berkata pihaknya terbuka untuk mengadakan perbincangan berhubung pajakan tanah yang terlibat dalam penstrukturan itu.

Bagaimanapun, beliau mendakwa perjanjian yang dimeterai itu tidak dinyatakan secara terperinci sebaliknya hanya menyatakan soal aset.

"Peruntukan itu sama-samar, hanya menyatakan aset yang boleh dipindahkan dan kekal. Tidak sebut tanah secara jelas. Sedangkan kami dalam perjanjian itu menyatakan secara jelas aset-aset kami," katanya.

Tags / Kata Kunci: Isu Air Selangor

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan