Jabatan Audit Negara Mula Pengauditan 1MDB

Diterbitkan: Selasa, 10 Mac 2015 1:13 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Jabatan Audit Negara sudah memulakan proses pengauditan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang berkata, beliau telah bertemu dengan Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB, Arul Kanda tetapi tidak mendedahkan butiran pertemuan mereka.

Satu laporan akan diserahkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), sebagai laporan kepada Parlimen.

Minggu lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan Ketua Audit Negara untuk memulakan pengauditan bagi mengesahkan secara bebas akaun 1MDB.

Menurut Najib, sekiranya terbukti ada salah laku, undang-undang akan dikuatkuasakan tanpa pengecualian.


Tags / Kata Kunci: 1MDB , Jabatan Audit Negara

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan